Malu wajah tular, pengantin enggan bayar perancang perkahwinan
Keluarga sepasang pengantin baharu di Banyuasin, wilayah Sumatera Selatan menegaskan bahawa mereka enggan melunaskan bayaran khidmat perancang perkahwinan kerana malu dengan tindakan pemilik syarikat yang menularkan kes berkenaan, lapor laman berita TribunTrends.
Datuk pengantin perempuan yang hanya dikenali sebagai Zainal berkata, dia kecewa dengan tindakan perancang perkahwinan tersebut mencemarkan nama baik keluarganya apabila mendedahkan wajah pengantin di media sosial.
Pasangan pengantin baharu, Dila dan suaminya tular kerana didakwa tidak melangsaikan bayaran majlis perkahwinan kepada Sanggar Musi Wedding berjumlah 21.7 juta rupiah (RM6,601).
“Keluarga kami mendapat malu dengan berita ini yang tular di media sosial. Justeru, kami enggan membuat bayaran. Terpulang kepada pihak perancang perkahwinan sama ada mahu melaporkannya kepada pihak berkuasa,” kata Zainal.
Isu tersebut dikatakan berlaku gara-gara salah faham, yang mana ketika pihak Sanggar Musi Wedding pergi ke rumah pengantin untuk meminta bayaran penuh, mereka tidak bertemu.
Pemilik Sanggar Musi Wedding, Heriandi kemudian memuat naik kisah tersebut di media sosial sehingga ia menjadi tular dan keluarga Zainal menerima kecaman netizen.
Namun Heriandi berkata, dia bertindak demikian bukan kerana ingin mengaibkan keluarga tersebut, sebaliknya mahu mendapatkan maklumat mengenai keberadaan pasangan pengantin yang tidak dapat dikesan.
Tambahnya, dia tidak menolak kemungkinan untuk melaporkan perkara itu kepada polis sekiranya pasangan pengantin masih enggan membuat bayaran penuh. – AGENSI
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Kerajaan boleh bertukar bila-bila masa – Hadi
- Nabil Aqil rasa lebih dekat dengan watak lelaki songsang
- Muhyiddin patut arah menantu pulang bantu siasatan
- Mat Sabu akan dedah punca PAS keluar PR hari ini
- Pekerja ‘car wash’ pandu Lamborghini pelanggan rempuh lori
- Gerakan buat pusingan U, kini isytihar sokong Modul Penghayatan Hadis 40
- Anak bekas Presiden PAS cabar Hadi arah gantung kuasa Lembaga Pengampunan di negeri PAS
- Sophia Albarakbah putus cinta?
- ‘Jumpa di mahkamah’ – Puteri Sarah nak saman bekas menantu Kazar
- Diva AA mengamuk, siap suruh tunggu azan kubur
- Nazim dikecam macam pondan
- Cara orang Pas menipu
- Warden penjara dedah rahsia, suami Mona Fandey
- Dakwah Ebit Lew tiada kesan kepada Mondy (Video)
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan jolok sarang tebuan – Puteri Sarah