UMNO buat tinjauan pendapat

UMNO buat tinjauan pendapat

JASIN: Pemuda UMNO akan melancarkan tinjauan umum bagi membolehkan orang ramai memberi pandangan terhadap usaha memantapkan lagi perjuangan UMNO, khususnya dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh, berkata tinjauan pendapat itu keputusan bersama selepas Post Mortem Pilihan Raya Negeri (PRN) yang diadakan di ibu negara, Khamis lalu.

Beliau berkata, tinjauan terbabit terbuka kepada orang ramai melontarkan pandangan untuk memperbaiki kelemahan, terutama selepas PRN di enam negeri, baru-baru ini.

“Pemuda UMNO membuka peluang untuk rakyat negara ini memberi maklum balas dalam tinjauan terbabit yang akan bermula hujung minggu ini.

“Tinjauan selama seminggu sebelum kita membuat rumusan, seterusnya membentangkannya kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerusi mesyuarat Biro Politik UMNO tidak lama lagi.

“Rumusan yang kita peroleh dalam Post Mortem PRN minggu lalu juga akan dirangkum dengan tinjauan terbabit,” katanya.

Beliau yang juga EXCO Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri berkata demikian selepas merasmikan Program Walkabout Pengurusan Perosak Bersepadu dan Pembangunan Plot Kejuruteraan Ekologi di Kampung Parit Penghulu, Sungai Rambai, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Siti Faizah Abd Azis serta Pengarah Jabatan Pertanian negeri, Rozli Azizi Talib.

Mengulas lanjut, Dr Muhamad Akmal yang juga Ketua UMNO Bahagian Jasin, berkata tinjauan itu akan disediakan secara dalam talian.

Beliau berkata, Pemuda UMNO juga akan mendapatkan kerjasama daripada beberapa penyelidik mengenai tahap penerimaan masyarakat terhadap UMNO dan Barisan Nasional, khususnya pada PRN lalu.

Dr Muhamad Akmal turut menafikan mengeluarkan kenyataan kononnya hasil post mortem tempoh hari yang mendesak Ahmad Zahid meletakkan jawatan Presiden UMNO.

“Sejak beberapa hari lalu terdapat laporan di media sosial kononnya saya mendesak Datuk Seri Ahmad Zahid letak jawatan.

“Suka saya menegaskan, itu palsu dan saya tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung program yang kami anjurkan itu,” katanya. BH

UMNO buat tinjauan pendapat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Abang Tesla – Biodata, Profil dan Latar Belakang

Back up Abang Tesla, Caprice kena lepuk dengan isteri

Fyna Jebat komen hubungan dengan Zainal Abidin

Abang Tesla kahwin dua, aku pula yang kena bebel (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker