Pelarian Yaman terdesak untuk dapatkan khidmat rawatan, perubatan

Pelarian Yaman terdesak untuk dapatkan khidmat rawatan, perubatan

Situasi kesihatan di Yaman semakin kritikal apabila hampir 17.4 juta rakyat negara itu memerlukan bantuan perubatan berikutan krisis perang saudara yang berlarutan sejak akhir 2014.

Menyedari keadaan itu, Serantau Muslim menerusi Misi Kemanusiaan Untukmu Yaman melaksanakan program klinik mobil di kem pelarian Yaman untuk tempoh beberapa hari selain menyumbang bekalan perubatan bernilai RM37,000.



Ahli Misi Kemanusiaan Untukmu Yaman Duta Rasmi Serantau Muslim, Isfadiah Mohd Dasuki berkata, inisiatif itu dijalankan kerana hospital yang ada tidak mampu menampung keperluan penduduk asal.

“Di Marib saja ada 196 kem yang diduduki lebih dua juta pelarian yang tinggal di wilayah itu.

“Ia tidak mempunyai ruang serta peluang untuk mendapatkan akses perubatan yang mencukupi.

“Mereka terpaksa bergantung harap kepada sumbangan perubatan daripada masyarakat antarabangsa yang prihatin termasuklah rakyat Malaysia, ” katanya dalam kenyataan media.



Isfafiah yang juga pendakwah bebas berkata, klinik mobil itu adalah satu keperluan mendesak kerana pelarian tidak mempunyai peluang dan cara lain untuk bertemu doktor, mendapatkan rawatan dan menerima ubat yang diperlukan.

Menurutnya, klinik mobil itu hanya akan beroperasi apabila mendapat sumbangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan penyumbang dermawan.

“Disebabkan itu, ramai pelarian khususnya kanak-kanak dan orang tua menghidap pelbagai penyakit kronik.

“Pelarian Yaman terpaksa reda dan pasrah untuk menerima takdir kematian kerana mereka tidak mampu membuat apa-apa disebabkan kekangan kewangan, ketiadaan fasiliti kesihatan serta perubatan.



“Disebabkan itu, kami diserbu pelarian yang ingin mendapatkan rawatan ketika mengadakan klinik mobil di sebuah kem pelarian di Marib malah angka kehadiran (pelarian) melebihi keperluan perubatan mampu diberikan,” katanya.

Isfafiah berkata, ramai yang menangis, merintih, dan merayu supaya diberi peluang untuk mendapatkan rawatan.

Katanya, ada yang sanggup menunggu di tengah panas demi mendapatkan rawatan kesihatan.

“Apa yang menyedihkan, ada dalam kalangan mereka tidak terpilih untuk mendapatkan rawatan kerana kami terpaksa mengehadkan bilangan kerana jumlah mereka terlalu ramai.



“Bagaimanapun, kami cuba sedaya-upaya dengan kekangan yang ada untuk memberi peluang kepada semua yang hadir untuk bertemu dengan doktor dan menerima ubat.

“Bukan saja orang tua malah anak kecil dan bayi berebut-rebut mahu mendapatkan rawatan,” katanya.

Beliau berkata, itulah realiti sedang berlaku di Yaman yang ramai tidak tahu.

“Mereka terdesak untuk meneruskan kehidupan hingga menjadi pelarian di dalam negara mereka sendiri.



“Justeru, Malaysia harus turut membantu atas dasar tanggungjawab kemanusiaan.

“Lagipun, agama kita mengajar untuk memberi tanpa menghakimi atau prejudis. Sedekah itu pengubat tekanan jiwa, melapangkan hati dan menghapuskan kegelisahan diri,” katanya. HM

Pelarian Yaman terdesak untuk dapatkan khidmat rawatan, perubatan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Abang Tesla – Biodata, Profil dan Latar Belakang

Back up Abang Tesla, Caprice kena lepuk dengan isteri

Fyna Jebat komen hubungan dengan Zainal Abidin

Abang Tesla kahwin dua, aku pula yang kena bebel (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker