Menteri beri amaran keras, majikan wajib patuh Akta Pekerja 1955

Majikan digesa mematuhi Akta Pekerja 1955 (Akta 265) khususnya melibatkan pembayaran gaji susulan terdapat aduan segelintir tenaga kerja tidak dibayar gaji atau ditahan gaji.

Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar, berkata gaji yang tidak dibayar atau ditahan adalah kesalahan dari 11 elemen buruh paksa digariskan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

Katanya, kementerian sentiasa berusaha menangani sebarang isu khususnya buruh paksa dan mencari pelbagai mekanisme penyelesaian bagi isu yang timbul.

“Oleh yang demikian, bagi bayaran gaji lewat atau ditahan, kita melihat bahawa mempertingkatkan pematuhan majikan terhadap pembayaran gaji melalui akaun bank adalah antara mekanisme dalam memantau kapasiti setiap majikan yang ada dalam negara kita.

“Arahan pembayaran gaji melalui akaun bank telah termaktub sekian lama di bawah Akta 265,” katanya dalam sidang media khas.

Beliau berkata, pembayaran upah secara tunai atau cek hanya boleh dilakukan atas permintaan pekerja dengan mendapat kebenaran ketua pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) seperti terkandung bawah Seksyen 25A (1) Akta 265.

“Majikan yang gagal mematuhi arahan bawah Seksyen 25 dan 25A (1) Akta 265 adalah dianggap melakukan kesalahan bawah Seksyen 99A akta sama dan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 dan majikan berkemungkinan dikenakan sekatan dan disabitkan dengan aktiviti buruh paksa,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) belum mendapat maklumat awal bagi proses pampasan kepada empat keluarga mangsa nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor.

“Memang Perkeso prihatin dalam isu ini tetapi oleh kerana ahli keluarga mangsa masih belum bersedia, Perkeso memberi lebih ruang dan masa untuk mereka selesaikan semua urusan terlebih dahulu. Perkeso akan terus membantu dengan kadar segera sebaik sahaja ahli keluarga mangsa bersedia untuk memberi maklumat,” katanya.

Dalam insiden Khamis lalu, pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di Shah Alam, mengakibatkan 10 individu maut termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang Johari Harun.

Mangsa terkorban terdiri daripada enam penumpang dan dua kru pesawat ringan itu manakala dua lagi merupakan orang awam, masing-masing penunggang p-panggilan dan pemandu e-panggilan yang melalui kawasan berkenaan ketika kejadian.

Ketika insiden, pesawat malang itu dalam penerbangan dari Langkawi ke Subang dan mendapat kebenaran untuk mendarat pada 2.48 petang.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Abang Tesla – Biodata, Profil dan Latar Belakang

Back up Abang Tesla, Caprice kena lepuk dengan isteri

Fyna Jebat komen hubungan dengan Zainal Abidin

Abang Tesla kahwin dua, aku pula yang kena bebel (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker