Langkah Anwar Islamkan saudara baru amalan terpuji – Nik Omar Nik Aziz

Anak bekas mursyidul am PAS, Nik Omar Nik Aziz mempertahankan tindakan Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengislamkan saudara baru Jumaat lalu.

Katanya, perbuatan terpuji itu tidak perlu dipolemikkan apatah lagi pengislaman itu berlaku tanpa paksaan.

“Satu amalan terpuji, mereka yang terlibat sehingga seseorang hamba Allah SWT mendapat hidayah-NYA amat besar ganjarannya di sisi Allah SWT.

“Yang penting tiada unsur paksaan, keinginan itu lahir dari setiap individu yang ingin kembali kepada fitrahnya.

“Sesuai dengan sifat Islam, sistem hidup ciptaan pencipta manusia,” katanya kepada Malaysiakini.

Terdahulu hari ini, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Daerah Klang, Hushim Salleh, tampil memberi penjelasan berhubung tindakan perdana menteri yang mengislamkan seorang pemuda India di Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Klang, baru-baru ini.

Menurutnya, perkara itu berlaku bukan dengan perancangan sebaliknya secara spontan apabila Anwar menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan selepas menziarahi waris mangsa tragedi kapal terbang terhempas di Hospital Tengku Ampuan Rahimah.

“Pada hari berkenaan perdana menteri Islamkan saudara baru atas permintaan saya sebagai pengerusi Perkim daerah Klang,” katanya dalam satu video yang dimuatnaik di media sosial.

Semalam, Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) kesal dengan tindakan perdana menteri secara terbuka mengislamkan seorang pemuda di Masjid India Klang, baru-baru ini.

Menurutnya sebagai pemimpin negara, Anwar harus mempertimbangkan sama ada tindakannya selari dengan ketenteraman penduduk dan sentimen rakyat daripada semua latar belakang kaum.

“Penyertaan terbuka perdana menteri dalam penukaran agama dan hantaran gambar (majlis itu) oleh beliau di media sosial sudah tentunya menunjukkan kurangnya sensitiviti agama,” kata pertubuhan itu dalam kenyataan.

KLSCAH berkata walaupun Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan menjamin kebebasan beragama, Anwar sebagai perdana menteri tidak seharusnya mengislamkan individu daripada kaum lain.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Abang Tesla – Biodata, Profil dan Latar Belakang

Back up Abang Tesla, Caprice kena lepuk dengan isteri

Fyna Jebat komen hubungan dengan Zainal Abidin

Abang Tesla kahwin dua, aku pula yang kena bebel (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker