Ada usaha guling kerajaan perpaduan Perak – Saarani
Ada usaha guling kerajaan perpaduan Perak – Saarani
Menteri Besar Perak Saarani Mohamad mendakwa memang wujud usaha pihak tertentu untuk menggulingkan pentadbiran kerajaan negeri sekarang.
Dakwa Saarani, sekurang-kurangnya ada empat ahli dewan undangan Negeri (Adun) sedang cuba dipujuk untuk berpaling tadah memberikan sokongan mereka kepada PN.
“Nampaknya mereka tak berpuas hati dengan keputusan PRN (pilihan raya negeri) sebab mereka mengharapkan jika PN merampas enam negeri bermakna dia nak gambarkan satu gelombang baru penolakan rakyat terhadap kerajaan perpaduan.
“Tetapi itu tidak berlaku,” kata Saarani selepas mengadakan pertemua dengan Adun kerajaan perpaduan Perak di Ipoh dan dipetik Sinar Harian semalam.
Atas sebab itulah, kata Saarani, dia mengadakan perjumpaan dengan semua Adun kerajaan bagi mengelakkan muncul perasaan saling mengesyaki antara satu sama lain.
Kata Adun Kota Tampan itu lagi, mereka adalah orang yang setia kepada penubuhan kerajaan perpaduan.
Selepas pilihan raya umum (PRU) ke-15 pada November tahun lalu lalu, BN dan PH mengadakan kerjasama untuk membentuk blok majoriti 33 kerusi di DUN sebelum menubuhkan kerajaan negeri.
DUN Perak mempunyai 59 kerusi DUN, dan memerlukan sekurang-kurangnya 30 kerusi untuk mana-mana parti politik meraih majoriti mudah.
PN memenangi 26 kerusi DUN pada Nov 2022.
Perak – seperti kebanyakan negeri lain – menguatkuasakan enakmen antilompat parti dan memiliki undang-undangnya berhubung kekosongan luar jangka.
Saarani berkata kesemua Adun kerajaan sebulat suara menyatakan komitmen untuk terus berdiri teguh mempertahankan kestabilan dalam kerajaan sekarang.
Tegas Saarani, tindakan berterusan memainkan sentimen dan polemik politik tidak akan mendatangkan apa-apa manfaat kepada rakyat serta negeri.
Malah, katanya, ia boleh menggugat kepercayaan pelabur sekali gus mengundang risiko kepada perjalanan pembangunan negeri yang sedang pesat berkembang.
“Perlu ditegaskan, tindakan menimbulkan persepsi jahat termasuk memomokkan fitnah kononnya Islam dan orang Melayu di negeri ini di ambang kemusnahan wajar dihentikan kerana realitinya, kepimpinan kerajaan secara kolektif komited mempertahankan keluhuran perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak Darul Ridzuan,” katanya. Mk
Ada usaha guling kerajaan perpaduan Perak – Saarani
Baca Artikel Menarik:
- Isu Ambalat, Wisma Putra disaran beri taklimat, penjelasan kepada semua ADUN Sabah
- Pelakon didakwa pernah terlibat hubungan sejenis dengan rakan
- Macam mana pikat Melayu?
- Kenyataan rakan viral jadi kecaman! Usah samakan isteri dengan ‘orang gaji’
- Wanita temui cacing dalam bungkusan salmon di pasar raya
- Nama calon telah dihantar kepada istana, Sultan Selangor akan putuskan siapa MB Selangor
- Tak dilantik, ini komen Reezal Merican
- Wee tengok konsert dengan bekas kekasih waktu kira undi
- Generasi muda Indonesia dilarang tonton Upin & Ipin, kenapa pulak?
- Aziz masih keluar makan bersama dengan Puteri Lily walau sudah bercerai
- Nik Amar komen perlantikan baru MB Kelantan
- Masya Masyitah kena serang dengan netizen, apa pulak kali ni?
- Bayar duit saya – Nasha Aziz
- Didie Alias buka mulut mengenai buka aib Enot
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ira Kazar didakwa hamil, ini respon Yusof Haslam