Taman Tema Upin Ipin akan dibina di Melaka
Taman Tema Upin Ipin akan dibina di Melaka
MELAKA: Kerajaan negeri sokong cadangan sebuah syarikat perfileman animasi untuk membangunkan sebuah taman tema terbesar di Malaysia, di negeri ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berkata syarikat Les’ Copaque Production Sdn Bhd yang menerbitkan kartun animasi Upin Ipin secara dasarnya berminat untuk membangunkan pusat riadah berkenaan dikenali sebagai Taman Tema Upin Ipin.
Walaupun sebelum ini kerajaan negeri menerima kunjungan beberapa syarikat untuk membangunkan taman tema, pihaknya masih belum menerima maklum balas yang positif.
“Kita terima siapa (syarikat mana) yang datang dulu dan (sudah pasti) yang terakhir adalah Les’ Copaque, pemilik (karektor) Upin Ipin yang datang meminta kerajaan negeri menyokong supaya Taman Tema Upin Ipin dibina di Melaka.
“Kalau mereka berjaya merealisasikannya, insya-Allah ia akan menjadi satu tarikan baharu di Malaysia.
“Saya sedang meneliti dan membuat penilaian sekiranya pihak syarikat dan pelabur ini bersama kerajaan negeri boleh bekerjasama untuk membina taman tema terbabit,” katanya selepas menjadi tetamu radio Melaka FM, hari ini.
Untuk tujuan terbabit, Ab Rauf berkata, kerajaan negeri menerusi Melaka Corporation (MCorp) menyediakan tanah seluas 40 hektar di Alor Gajah untuk pembangunan taman tema itu.
“Ini adalah satu tarikan baharu yang dilihat mampu menyaingi Walt Disney satu hari nanti. Bagaimanapun, kita masih lagi dalam penelitian dan kajian, namun saya yakin ia akan menjadi kenyataan,” katanya.
Sementara itu, Penerbit dan Pengarah Urusan Les’ Copaque Production Sdn Bhd, Burhanuddin Md Radzi, dalam satu kenyataan memaklumkan, hasrat untuk mewujudkan Taman Tema Upin Ipin tercetus sejak watak kartun animasi itu `dilahirkan’.
Katanya, bagaimanapun perjalanan untuk merealisasikannya masih jauh.
“Lebih 17 tahun kami berjaya membina populariti Upin Ipin, dengan peminat yang sangat ramai berpusat di seluruh Asia, ia menjadi kebanggaan negara kita.
“Taman tema, jika berjaya akan menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi, daripada peluang pekerjaan, sektor pelancongan dan peluang perniagaan lain yang berkaitan akan berkembang dan menjadikan negara kita hab pelancongan,” katanya.
Sejak 2018, pihaknya sudah ditawarkan beberapa bidang tanah untuk membina taman tema berkenaan termasuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Ipoh, Selangor, Johor dan Negeri Sembilan.
Namun, katanya, beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum menerima tawaran seperti terma dan syarat, lokasi serta potensi pertumbuhan.
“Semalam (kelmarin), kami diberitahu bahawa lembaga pengarah (MCorp) bersetuju untuk menawarkan tanah untuk (membolehkan) kami membina taman tema. Terma dan syarat juga baik dan lokasinya pula adalah sesuai,” katanya. BH
Taman Tema Upin Ipin akan dibina di Melaka
Baca Artikel Menarik:
- Isu Ambalat, Wisma Putra disaran beri taklimat, penjelasan kepada semua ADUN Sabah
- Pelakon didakwa pernah terlibat hubungan sejenis dengan rakan
- Macam mana pikat Melayu?
- Kenyataan rakan viral jadi kecaman! Usah samakan isteri dengan ‘orang gaji’
- Wanita temui cacing dalam bungkusan salmon di pasar raya
- Nama calon telah dihantar kepada istana, Sultan Selangor akan putuskan siapa MB Selangor
- Tak dilantik, ini komen Reezal Merican
- Wee tengok konsert dengan bekas kekasih waktu kira undi
- Generasi muda Indonesia dilarang tonton Upin & Ipin, kenapa pulak?
- Aziz masih keluar makan bersama dengan Puteri Lily walau sudah bercerai
- Nik Amar komen perlantikan baru MB Kelantan
- Masya Masyitah kena serang dengan netizen, apa pulak kali ni?
- Bayar duit saya – Nasha Aziz
- Didie Alias buka mulut mengenai buka aib Enot
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.