Isu Ambalat, Hajiji jawab tuduhan Adun Tungku
Isu Ambalat, Hajiji jawab tuduhan Adun Tungku
Andaian dan tuduhan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tungku, Assaffal Alian berhubung isu Ambalat disifatkan sebagai tidak berasas.
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, berkata ia kerana isu itu masih dalam perbincangan dan belum ada sebarang kata putus dibuat.
Katanya, perkara itu juga sudah dijelaskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum ini.
“Soal Ambalat belum pun diputuskan, ia masih dalam perbincangan dan ini sudah dinyatakan oleh Perdana Menteri.
“Jadi andaian dan tuduhan wakil rakyat Tungku itu tidak berasas,” katanya ditemui selepas menyempurnakan Majlis Apresiasi Pengurusan Sekolah (MAPenS) 2023 Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, di sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Assaffal yang mendakwa Blok Ambalat di Laut Sulawesi diserahkan kepada Indonesia berdasarkan apa yang disebutnya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, baru-baru ini.
Assaffal ketika persidangan DUN Sabah pada 10 Ogos lalu, mendakwa Kerajaan Persekutuan membuat keputusan bagi pihak kerajaan Sabah dengan menyerahkan sempadan Ambalat kepada Indonesia.
Dakwanya, itu antara kesilapan dilakukan kerajaan negeri apabila tidak memperhalusi isu terbabit sehingga merugikan Sabah.
Klip video ucapan Assaffal ketika di DUN itu ditularkan sejak beberapa hari lalu hingga menimbulkan andaian negatif terhadap kerajaan.
Hajiji berkata, kerajaan akan melihat tindakan yang wajar diambil jika apa yang dikatakan wakil rakyat Parti Warisan (WARISAN) itu tidak betul.
“Kita tidak boleh mengelirukan rakyat negeri ini kerana ia adalah perkara yang sensitif,” katanya.
Sebelum ini, Wisma Putra menyifatkan kenyataan Assaffal yang mendakwa Kerajaan Pusat menyerahkan Blok Ambalat di Laut Sulawesi kepada Indonesia sebagai fitnah dan mengelirukan rakyat. HM
Isu Ambalat, Hajiji jawab tuduhan Adun Tungku
Baca Artikel Menarik:
- Isu Ambalat, Wisma Putra disaran beri taklimat, penjelasan kepada semua ADUN Sabah
- Pelakon didakwa pernah terlibat hubungan sejenis dengan rakan
- Macam mana pikat Melayu?
- Kenyataan rakan viral jadi kecaman! Usah samakan isteri dengan ‘orang gaji’
- Wanita temui cacing dalam bungkusan salmon di pasar raya
- Nama calon telah dihantar kepada istana, Sultan Selangor akan putuskan siapa MB Selangor
- Tak dilantik, ini komen Reezal Merican
- Wee tengok konsert dengan bekas kekasih waktu kira undi
- Generasi muda Indonesia dilarang tonton Upin & Ipin, kenapa pulak?
- Aziz masih keluar makan bersama dengan Puteri Lily walau sudah bercerai
- Nik Amar komen perlantikan baru MB Kelantan
- Masya Masyitah kena serang dengan netizen, apa pulak kali ni?
- Bayar duit saya – Nasha Aziz
- Didie Alias buka mulut mengenai buka aib Enot
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.