Kerajaan Perpaduan menang majoriti 2/3 jika 85% keluar mengundi

Kerajaan Perpaduan PH-BN dijangka mampu memperoleh kemenangan majoriti dua pertiga jika 80 hingga 85% daripada 3.7 juta pengundi di Selangor keluar mengundi pada PRN Sabtu ini.

Pengerusi PH Selangor Amirudin Shari membayangkan berdasarkan tinjauan di lapangan, gabungan parti kerajaan perpaduan itu setakat ini di landasan tepat mengekalkan pentadbiran, sekurang-kurangnya dengan majoriti mudah iaitu 29 daripada 56 kerusi.

Katanya, keadaan itu berbeza dengan Perikatan Nasional (PN) yang didakwa belum mempunyai angka jelas selepas kempen memasuki minggu terakhir dan sambutan terhadap calonnya termasuk pemimpin utama Azmin Ali di Hulu Kelang juga dilihat kurang memberangsangkan.

“Kita harapkan sekitar 80 hingga 85% keluar mengundi, kalau dapat angka tersebut kita yakin dapat majoriti dua pertiga.

“Saya ambil perkiraan ini dari angka agak konservatif (mengambil kira pengundi putih PH) dan sekitar 40 hingga 50% pengundi Umno beralih (sokong) PH, kalau dikira itu kita sudah dalam majoriti dua pertiga,” katanya dalam temu bual bersama FMT.

Ahad lalu, badan penyelidik Endeavour-MGC menerusi siri tinjauan mereka mendapati 85% pengundi di Selangor akan keluar mengundi pada PRN. Kajian itu dijalankan di 34 kerusi marginal iaitu pelbagai kaum dan Melayu.

Tinjauan antara 22 dan 28 Julai itu dilakukan ke atas 1,068 peserta pelbagai bangsa melalui kaedah persampelan rawak berstrata di 34 kerusi marginal DUN Selangor dengan jumlah sampel populasi seramai 2,006,569 pengundi, dan 724 peserta kajian berbangsa Melayu dengan jumlah sampel populasi seramai 1,359,683 pengundi.

Laporan itu juga menyebut, PN boleh mengambil alih tampuk pemerintahan jika jumlah bukan Melayu keluar mengundi rendah selain berlaku peralihan undi daripada penyokong BN kepada gabungan Bersatu, PAS serta Gerakan.

Amirudin berkata, fokus kini untuk memastikan peralihan undi penyokong BN kepada gabungan kerajaan perpaduan terutama dari saluran satu, membabitkan pengundi warga tua yang mungkin masih keliru dengan kerjasama berusia kurang setahun itu.

“Kita sebenarnya berharap untuk semua undi BN dapat dipindahkan tetapi mengenangkan kita hanya ada tujuh dan lapan bulan, kemungkinan ada sedikit rasa keliru atau pengundi saluran satu yang setia dengan lambang BN,” katanya yang akan mempertahankan kerusi DUN Sungai Tua.

Berbanding PH, Amirudin berkata PN memasuki medan PRN dalam keadaan “parah”, apabila antara pengasas awal Bersatu dan ahli Majlis Pimpinan Tertingginya Faiz Na’aman keluar parti akibat rasa tidak puas hati yang turut diluahkan akar umbi di Hulu Selangor dengan membakar bendera parti kerana isu pemilihan calon.

“Tiada kesan ‘cah keting’ atau sabotaj dalam BN-PH, mereka dalam keadaan semangat terutama dalam gerak kerja mencari pengundi putih,” katanya yang juga naib presiden PKR.

Menyentuh tawaran PN jika menang PRN Selangor diumumkan Pengerusinya Muhyiddin Yassin, Jumaat lalu, Amirudin berkata tiada perkara baharu diumumkan terutama dalam memulihkan semula ekonomi pasca Covid-19.

“Mereka kata ‘Selangor Baharu’ tetapi apa yang baharu? Cuma tukar pimpinan sahaja dan ubah satu dua sahaja, malah mereka tiada komitmen hendak kekalkan program seperti INSAN yang memberikan insurans percuma kepada rakyat,” katanya.

Menurut Amirudin, PH-BN pula menawarkan kesinambungan untuk membawa Selangor ke peringkat seterusnya seperti perancangan membina pelabuhan ketiga di Pulau Carey, latihan kemahiran untuk menampung keperluan industri dan menambah program kebajikan bawah Iltizam Selangor Penyayang.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fauzi Nawawi jelaskan isu isterinya terpaksa gadai barang kemas dan kereta ditarik

Pakai bra dengan sweater terbuka, apa nak jadi budak sekarang

Anak bertudung tanpa disuruh buat Nabil gembira

Joy Revfa bimbang di sondol, ada yang bagi video separuh bogel

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker