Gaji pekerja swasta akan diselaras dan ditingkatkan – Anwar

Kerajaan sedang berusaha mencari dana menampung sedikit bayaran bagi penyelarasan gaji pekerja sektor swasta, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, tidak banyak negara yang melakukan perkara itu, tetapi kerajaan perpaduan tetap akan memikirkan tentang bagaimana kaedah dan pelaksanaannya.

“Pimpinan mesti peka dan prihatin tentang masalah rakyat dan isu penyelarasan gaji untuk perkhidmatan awam yang sedang diusahakan belum dibuat di dalam sektor swasta.



“Pekerja kilang, apa nasib mereka. Sebagai contoh, kilang itu untungnya berbilion ringgit tetapi gaji masih belum mencapai gaji minimum. Jadi, keputusan kita ialah mencari kaedah dan mekanisme baru untuk memastikan gaji pekerja itu ditingkatkan,” katanya.

Anwar berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Perjumpaan Bersama Usahawan Tekun di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam.

Bagi penyelarasan gaji sektor awam, Anwar berkata keputusan bagi kadar gaji dan upah baharu akan diumumkan sama ada dalam Belanjawan 2024 atau pada awal tahun hadapan selain peruntukan lebih khusus untuk usahawan juga akan diumumkan dalam belanjawan itu.

Sementara itu, Anwar berkata negara ini juga bergantung kepada usahawan kecil dan sederhana dalam usaha untuk mengembangkan ekonomi.



“Ia berkait dengan (isu) menoktahkan kemiskinan. Program perlu dibuat supaya kelompok ini tidak dipinggirkan… dan ia memerlukan komitmen politik yang jelas,” katanya.

Anwar berkata ketika musim PRN ini banyak pihak terutamanya pembangkang bersuara pelbagai isu tetapi sewaktu berkuasa tidak banyak yang mereka lakukan.

“Antaranya mereka tidak menambah peruntukan kepada Tekun, tak selesaikan masalah subsidi padi. Kita lapan bulan ini diserang begitu rupa,” katanya.

Anwar berkata kerajaan perpaduan memperkenalkan inisiatif pengeluaran padi lima musim dua tahun dan semalam beliau mengumumkan kenaikan kadar Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) daripada RM360 per tan metrik kepada RM500 satu tan metrik.



 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Fauzi Nawawi jelaskan isu isterinya terpaksa gadai barang kemas dan kereta ditarik

Pakai bra dengan sweater terbuka, apa nak jadi budak sekarang



Anak bertudung tanpa disuruh buat Nabil gembira

Joy Revfa bimbang di sondol, ada yang bagi video separuh bogel



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker