Kenaikan subsidi padi beri manfaat kepada 66,0000 pesawah


Kenaikan subsidi padi beri manfaat kepada 66,0000 pesawah

Alor Setar: Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kenaikan kadar Skim Subsidi Padi (SSHP) daripada RM360 per metrik tan kepada RM500 per metrik tan berkuat kuasa hari ini, dianggap bertepatan dengan musim menuai, tidak lama lagi.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada), Datuk Dr Ismail Salleh berkata, peningkatan subsidi itu amat ditunggu pesawah terutama kira-kira 56,000 ketua keluarga di kawasan Mada, manakala kira-kira 10,000 lagi di luar kawasan berkenaan.

Menurutnya, peningkatan subsidi itu akan memberi kesan besar kepada pesawah yang kebanyakan adalah golongan berpendapatan rendah selepas kerajaan turut memberikan bantuan bulanan ketika di luar musim menanam.

“Siri bantuan ini menunjukkan hasrat Perdana Menteri untuk memastikan kemiskinan tegar dapat diatasi dan mengangkat golongan B40 dan Kedah khususnya.

“Bantuan ini bermula dengan kerjasama syarikat Padiberas Nasional Berhad (Bernas) dan komitmen kerajaan menyediakan RM3 bilion untuk melengkapkan infrastruktur pertanian.

“Kemudian Perdana Menteri umumkan bantuan RM200 selama tiga bulan kepada pesawah, keseluruhan siri bantuan ini menunjukkan komitmen Perdana Menteri yang bukan bercakap sahaja, tapi diterjemahkan dalam semua tindakan,” katanya pada sidang media di Bangunan Tunku, di sini, hari ini.

Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Mahfuz Omar berkata, pengumuman kenaikan subsidi padi itu melegakan sebahagian besar pesawah di seluruh negara dengan ada kawasan akan memulakan musim menuai tidak lama lagi.

“Masa (pengumuman) sudah betul sebab orang (pesawah) akan mula ambil padi. Kalau Perdana Menteri tunggu selepas pilihan raya, maka rugi orang yang ambil padi sekarang, mereka akan terlepas subsidi yang ditawarkan.

“Jadi jika ada orang yang ambil padi hari ini, maka mereka akan dapat terus subsidi berkenaan, mereka dapat duit lebih yang boleh digunakan bagi membeli keperluan harian,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Pimpinan Perpaduan Negeri Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kerajaan sudah mengambil kira kemampuan kewangan sebelum mengumumkan kenaikan SSHP bermula hari ini.

“Saya fikir bukan ada masalah sama ada musim pilihan raya atau di luar pada pilihan raya, sebab sesuatu yang baik untuk rakyat tak semestinya datang pada waktu tertentu sahaja, tapi kalau kebetulannya masa pilihan raya, apa salahnya.

“Saya ambil peluang ini untuk berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana umum satu lagi faedah yang dinikmati pesawah kerana Kedah sebagai negeri Jelapang Padi memiliki kira-kira 66,000 ketua keluarga meliputi kawasan Mada dan di luar kawasan itu,” katanya. HM

Kenaikan subsidi padi beri manfaat kepada 66,0000 pesawah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fauzi Nawawi jelaskan isu isterinya terpaksa gadai barang kemas dan kereta ditarik

Pakai bra dengan sweater terbuka, apa nak jadi budak sekarang

Anak bertudung tanpa disuruh buat Nabil gembira

Joy Revfa bimbang di sondol, ada yang bagi video separuh bogel

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker