Jalan Sungai Besi arah selatan ditutup setahun mulai Sabtu

Kerja pengubahsuaian dan pembinaan jambatan di Bulatan Loke Yew menyebabkan Jalan Sungai Besi (arah selatan) ditutup.

KUALA LUMPUR – Jalan Sungai Besi (arah selatan) akan ditutup selama setahun bermula Sabtu ini hingga 4 Ogos 2024 bagi membolehkan kerja pengubahsuaian dan pembinaan jambatan di Bulatan Loke Yew.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataannya memaklumkan, jalan yang terlibat ialah menghala ke Sungai Besi dan Petaling Jaya (berhadapan Fraser Business Park) dan Bulatan Loke Yew.

“Sebagai laluan alternatif, pengguna jalan raya boleh menggunakan lencongan trafik yang disediakan.

“Pengguna dinasihatkan supaya mematuhi isyarat papan tanda dan arahan polis trafik sebagai panduan serta langkah keselamatan bagi mengelakkan kekeliruan dan sebagai kesulitan,” menurut kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, laluan alternatif tersebut iaitu dari Bulatan Kampung Pandan untuk ke Sungai Besi/ Petaling Jaya akan dilencongkan kepada dua bahagian iaitu melalui jalan bersebelahan Federal Bakery dan memasuki laluan kontra di lorong bersebelahan.

Trafik dari Sungai Besi/ Petaling Jaya untuk ke Bulatan Kampung Pandan akan dilencongkan ke susur kiri melalui Bulatan Loke Yew.

Trafik Cheras menghala ke Jalan Loke Yew hanya dibenarkan untuk membuat pusingan U sahaja menghala arah Cheras semula. Pengubahsuaian ini adalah kekal.

Selain itu, laluan alternatif trafik dari Cheras menuju ke Jalan Sungai Besi pula dengan melalui Jalan Chan Sow Lin, Jalan Satu, Jalan Dua dan Jalan Tiga. Untuk trafik yang datang dari Cheras dan menghala ke Jalan Yew pula hendaklah melakukan pusingan U di persimpangan ‘fly-over’ di Jalan Maharajalela. Laluan sama juga sama untuk trafik yang datang dari Cheras dan menuju ke kawasan persekitaran Jalan Yew.

Seterusnya, trafik Jalan Kinabalu menghala ke Jalan Loke Yew dan Jalan Sungai Besi akan dilencongkan ke Jalan Yew menghala ke Bulatan Pudu sahaja. Sebagai laluan alternatif pengguna jalan raya hendaklah melalui pusingan U di SMK (P) Pudu.

Laluan trafik Jalan Yew dari Bulatan Kampung Pandan untuk ke Jalan Kinabalu dan Jalan Kuching akan ditutup pada tempoh pembinaan. Laluan alternatif adalah melalui Jalan Kampung Pandan, Jalan Imbi dan Jalan Hang Tuah.

Mengulas lanjut, bagi membolehkan kerja merobohkan jambatan susur dan pembinaan semula jambatan di Bulatan Pudu menghala ke Jalan Sungai Besi (bersebelahan Balai Polis Pudu) dijalankan, jalan susur dan Jalan Pudu ke Jalan Yew ditutup kepada semua lalu lintas pada tempoh yang sama.

“Laluan alternatif adalah melalui Jalan Sungai Besi, Jalan Chan Sow Lin, Jalan Satu, Jalan Dua dan Jalan Tiga,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Baju Jasmine Suraya bikin kecoh di kalangan netizen (Video)

Ira Kazar Mengamuk, Selar Individu Batak ‘Likes’ Dan ‘Views’

Jakun dapat basikal – TMJ (Video)

Fathia Latiff cukuplah ‘cucuk’ muka

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker