Wanita selamat selepas sejam diheret buaya

Wanita selamat selepas sejam diheret buaya

Jakarta: Berpantang maut sebelum ajal. Itu keajaiban berlaku kepada wanita Indonesia ini yang terselamat selepas ‘bertarung’ dengan buaya lebih sejam, baru-baru ini.

Ketika kejadian, pekerja ladang sawit, Falmira De Jesus, 38, itu mengambil air dari sungai, 27 Julai lalu.

Dia tidak menyedari reptilia itu bersembunyi di bawah rumpai di sungai itu. Haiwan itu kemudian menyeretnya ke dalam air.

Falmira menjerit meminta tolong sebelum rakan sekerjanya bergegas cuba membantunya dengan menggunakan galah untuk menusuk buaya itu.

Wanita itu dilihat tenggelam dan timbul kira-kira lebih sejam dalam air apabila reptilia itu bergerak sebelum dia berjaya ditarik dari tempat kejadian.

Dengan kecederaan parah, Falmira dikejarkan ke hospital untuk rawatan selanjutnya.

Berkongsi detik cemas itu, Falmira berkata, dia menahan kesakitan kerana buaya itu tidak mahu melepaskan gigitannya.

“Lama-kelamaan…. saya berasa semakin lemah. Saya hanya fikir mati kerana saya dibawa dalam air.

“Kini, walaupun sudah terselamat, saya masih trauma dan memikirkan buaya masih ada.

“Saya sangat berterima kasih kepada orang yang membantu saya dan saya amat terhutang budi kerana mereka sudah menyelamatkan nyawa saya,” katanya.

Falmira masih dirawat dan dipantau di hospital akibat cedera pada lengan kanan, peha dan kaki.

Indonesia mempunyai 14 spesies buaya.

Ahli pemuliharaan percaya, buaya pergi ke kawasan sungai lebih jauh ke pedalaman disebabkan penangkapan ikan berlebihan mengurangkan bekalan makanan semula jadinya.

Selain itu, ia juga disebabkan kehilangan habitat semula jadi haiwan itu apabila kawasan pantai dibangunkan. HM

Wanita selamat selepas sejam diheret buaya

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Baju Jasmine Suraya bikin kecoh di kalangan netizen (Video)

Ira Kazar Mengamuk, Selar Individu Batak ‘Likes’ Dan ‘Views’

Jakun dapat basikal – TMJ (Video)

Fathia Latiff cukuplah ‘cucuk’ muka

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker