Teleskop Euclid berjaya rakam imej berbilion galaksi

Teleskop Euclid berjaya rakam imej berbilion galaksi

London: Teleskop angkasa Eropah Euclid berjaya merakam imej galaksi dan bintang yang bergemerlapan selepas melakukan perjalanan sejauh sejuta batu dari Bumi, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Teleskop itu dilancarkan pada roket SpaceX Falcon 9 dari Cape Canaveral di Florida pada 1 Julai dan telah tiba di destinasinya – sebuah tempat pengawasan dikenali sebagai Second Lagrange Point – dengan misinya untuk meneroka tentang dua misteri terbesar alam semesta iaitu “dark energy” dan “dark matter”.

Agensi Angkasa Eropah (ESA) menyifatkannya sebagai “kejayaan awal” bagi teleskop itu mencapai matlamatnya.

Imej hitam dan putih yang diambil oleh Euclid’s visible light instrument (VIS), akan terus merakam imej “jelas” berbilion-bilion galaksi bagi mengukur bentuknya, menurut agensi angkasa lepas itu.

Imej merah yang dirakam oleh instrumen Near-Infrared Spectrometer and Photometer (NISP) akan mengukur jumlah cahaya yang dipancarkan oleh galaksi.

Pengurus projek Giuseppe Racca berkata: “Selepas lebih 11 tahun mereka bentuk dan membangunkan Euclid, ia sangat menggembirakan dan sangat menyentuh perasaan melihat imej pertama ini.

“Lebih mengagumkan apabila kita berfikir bahawa kita hanya melihat beberapa galaksi di sini, dihasilkan dengan sistem penalaan minimum.

“Euclid akan merakam berbilion-bilion galaksi untuk mencipta peta 3D terbesar di langit.”

Pembangunan VIS diketuai oleh Mark Cropper dari University College London.

Beliau berkata: “Saya teruja dengan keindahan imej ini dan banyak maklumat yang terkandung di dalamnya.”

ESA menegaskan imej yang terhasil itu adalah “ujian awal” untuk menyemak instrumen dan menyemak cara ia boleh diperhalusi, dan satu set imej “lebih terperinci” baharu akan didedahkan kemudian.

Imej yang dirakam akan membantu ahli astronomi memperoleh cerapan tentang “dark universe” yang sukar difahami, zarah yang tidak menyerap, memantul atau memancarkan cahaya.

Misi ini juga akan meneroka “dark energy”, yang dianggap boleh menyebabkan galaksi saling berjauhan, menyebabkan pengembangan alam semesta. HM

Teleskop Euclid berjaya rakam imej berbilion galaksi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Baju Jasmine Suraya bikin kecoh di kalangan netizen (Video)

Ira Kazar Mengamuk, Selar Individu Batak ‘Likes’ Dan ‘Views’

Jakun dapat basikal – TMJ (Video)

Fathia Latiff cukuplah ‘cucuk’ muka

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker