Suami hilang akal, bakar isteri guna petrol
PETALING JAYA: Seorang wanita melecur tahap tiga dipercayai dibakar suaminya menggunakan petrol dalam kejadian di rumah mereka di Tasek Gelugor, Pulau Pinang, semalam.
Ketua Polis Seberang Perai Utara Mohd Asri Shafie berkata, setelah menerima maklumat daripada jiran mangsa pada 10.45 malam, sepasukan polis dikerah ke lokasi, namun mangsa yang berusia 35 tahun itu telah dihantar ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk mendapatkan rawatan.
Difahamkan, pasangan suami isteri yang bekerja di sebuah ladang kelapa sawit itu tinggal di rumah yang disediakan majikan mereka di ladang tersebut bersama empat orang anak berusia 10 hingga 13 tahun.
Mohd Asri berkata, ketika kejadian pada kira-kira 9.30 malam itu, anak-anak pasangan tersebut turut berada di rumah.
“Menurut anak lelaki pasangan itu yang berusia 13 tahun, dia dan adik-adiknya berada di dalam bilik sebelum terdengar ayah dan ibu mereka bergaduh,” katanya, lapor Bernama.
Tambahnya, anak-anak pasangan tersebut kemudian cuba keluar dari bilik, namun gagal kerana pintu bilik diselak dari luar.
Setelah berjaya membuka pintu, remaja tersebut melihat ibunya berada di luar rumah dalam keadaan badannnya terbakar. Anak-anak pasangan tersebut kemudian cuba memadamkan api di badan si ibu dengan kain dan air, kata Mohd Asri.
Pada ketika itu, suspek telah melarikan diri ke kawasan ladang kelapa sawit berhampiran.
Mohd Asri berkata, anak lelaki mangsa meminta bantuan jiran berdekatan dan mangsa kemudian dihantar ke hospital oleh ambulans.
Menurutnya, siasatan di tempat kejadian menemukan botol berisi minyak disyaki petrol, pemetik api, pelapik kaki berbau minyak petrol, rambut serta sisa kebakaran.
“Siasatan lanjut masih dijalankan, termasuk mengesan suami wanita itu berusia 36 tahun yang telah melarikan diri,” katanya sambil menambah, motif kejadian dipercayai akibat perselisihan faham.
Suspek turut mempunyai empat rekod lampau, termasuk mencederakan isterinya, kata Mohd Asri.
Beliau berkata, pemeriksaan di HKB mendapati wanita itu mengalami kecederaan melecur lebih 27% dan telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.
“Setakat ini keterangan mangsa tidak dapat dirakam kerana masih dirawat,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Riena Diana sedia buat babak ranjang
- Umar pecah rekod kebangsaan di Chengdu
- Tular video wanita dipukul di tangga, bapa buat laporan polis
- Biodata Masya Masyitah
- Terharu Syed mandikan saya – Hana
- PAS berkawan dengan siapa saja asal dapat berkuasa, dengan DAP pun sudah
- Kehidupan Bell berubah 180 darjah
- Aira Azman permata baharu skuasy negara
- Ismail Sabri ingatkan ahli UMNO jangan serang parti sendiri, serang musuh UMNO
- Pengikut ajaran The Ahmadi sertai perhimpunan LGBT ditahan
- Dah Pandai Buat Tahi, Pandai Lah Bersihkan
- Syarleena buat laporan polis terhadap Muhyiddin
- Isteri calon PRN Terengganu dakwa digantung tidak bertali
- Cardi B mengamuk, baling mikrofon ke arah peminat (Video)
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ira Kazar Mengamuk, Selar Individu Batak ‘Likes’ Dan ‘Views’
You must be logged in to post a comment.