Sinar pun tawarkan diri untuk jadi penganjur, Syahir tunggu apa lagi?

SHAH ALAM – Sinar Harian menawarkan diri untuk menjadi penganjur debat ekonomi antara Menteri Ekonomi yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman.

Ia susulan persetujuan dua figura politik negara itu yang menyatakan kesediaan untuk bersemuka dan berhujah berkaitan hal ekonomi semasa negara.

Maka Sinar Harian menawarkan platform program Berani Semuka dengan kemudahan fasiliti auditorium di Kompleks Karangkraf sebagai venue sesi debat tersebut.

Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli berkata, Auditorium Sinar Harian mampu menampung kapasiti sehingga 300 penonton untuk kehadiran penyokong kedua-dua belah pihak.

“Kami turut memiliki kemudahan teknikal yang lengkap bagi membolehkan program ini dipancarkan secara live bagi liputan dengan lebih meluas.

“Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar juga telah setuju menjadi moderator debat khas untuk debat ekonomi kedua-dua pemimpin politik ini,” katanya.

Sinar Harian berpengalaman mengendalikan program berasaskan debat seperti Berani Semuka secara bulanan, Wacana Sinar Harian secara mingguan dan pelbagai bual bicara lain.

Bagi program Berani Semuka, Sinar Harian telah menampilkan beberapa tokoh besar berdebat mengemukakan hujah mengenai isu semasa termasuk politik dan dasar kerajaan.

Antaranya bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dan bekas Pengerusi Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Rahim pada 14 Ogos 2020 berhubung isu kewangan TH.

Selain itu, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abd Rahman dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin pada 23 Februari 2021 bertajuk ‘PKP, Rakyat Terabai? YB Sila Jawab’.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Faiz Fadzil dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Mohd Rafiq Mohd Abdullah pada 28 Disember 2021 dengan tajuk Bencana Alam: Adakah Malaysia Bersedia?

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim pada 13 Januari 2022 membahaskan isu pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Selain itu, Setiausaha Agung Muda, Amira Aisya Abd Aziz dan Exco Puteri UMNO, Fadwah Anuwar pada 23 Jun 2022 bertajuk Khemah Besar Realiti atau Fantasi.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP, Howard Lee berkaitan Solo atau Gabung Parti, Rakyat Dapat Apa? pada 26 September 2022.

Sinar Harian sentiasa konsisten dengan program bual bicara ke arah pembinaan negara dan pernah terlibat dengan Debat Perdana antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Baju Jasmine Suraya bikin kecoh di kalangan netizen (Video)

Ira Kazar Mengamuk, Selar Individu Batak ‘Likes’ Dan ‘Views’

Jakun dapat basikal – TMJ (Video)

Fathia Latiff cukuplah ‘cucuk’ muka

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker