PM jumpa MIC perkara biasa – Zahid

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Zahid Hamidi menafikan suasana tidak harmoni dalam Barisan Nasional (BN) susulan pertemuan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dengan MIC yang dijadualkan esok.

Zahid menyifatkan pertemuan Anwar dengan komponen dalam kerajaan perpaduan itu sebagai perkara biasa dan bukan kali pertama.

“Sebagai perdana menteri tentu sekali beliau menyantuni 19 parti yang berada di dalam kerajaan perpaduan,” katanya mengulas pertemuan Anwar dengan MIC, difahamkan berkaitan dengan dakwaan ‘layanan buruk’ Umno ketika rundingan agihan kerusi bagi PRN.

Beliau berkata demikian selepas program sembang santai bersama calon BN DUN Bagan Pinang dan Linggi.

Pertemuan di antara Anwar dengan Presiden MIC SA Vigneswaran turut disertai semua pemimpin parti itu bagi mengelak salah faham timbul.

Parti mewakili masyarakat India itu dikatakan tidak berpuas hati dengan cara mereka dilayan Umno dan rakan Barisan Nasional (BN), ketika rundingan kerusi untuk PRN.

MIC memutuskan tidak bertanding pada PRN 12 Ogos ini, keputusan itu juga diambil MCA.

Zahid yang juga presiden Umno berkata, walaupun tidak bertanding tetapi MIC dan MCA tetap membantu kempen BN yang menunjukkan satu perkembangan positif.

“Kami mengadakan mesyuarat ‘war room’, wakil MCA dan MIC ada dan mereka menyatakan telah menggerakkan seluruh jentera di enam negeri itu,” katanya.

PRN diadakan di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Baju Jasmine Suraya bikin kecoh di kalangan netizen (Video)

Ira Kazar Mengamuk, Selar Individu Batak ‘Likes’ Dan ‘Views’

Jakun dapat basikal – TMJ (Video)

Fathia Latiff cukuplah ‘cucuk’ muka

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker