TMJ Jumpa Raja Muda Selangor

TMJ Jumpa Raja Muda Selangor

Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Raja Muda Selangor (RMS), Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

Menurut kenyataan di laman Facebook rasmi kelab JDT, JOHOR Southern Tigers, pertemuan Tunku Ismail bersama RMS yang juga Pengerusi Selangor FC bagi membincangkan mengenai cara untuk menambah baik bola sepak Malaysia.



“Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) dan pegawai Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim mengadakan satu perjumpaan dengan delegasi Selangor FC yang diketuai Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafudin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor di Kuala Lumpur hari ini.

“Kedua-dua kelab saling berkongsi idea berkaitan cara untuk menambah baik liga Malaysia, pembangunan belia dan bola sepak secara keseluruhan.

“Tujuan perjumpaan ini juga adalah untuk mengeratkan hubungan antara Johor dan Selangor. Luaskan Kuasamu Johor,” jelas kenyataan itu.



TMJ melakukan transformasi dalam kelab JDT dan berjaya meraih pelbagai kejuaraan sejak 2013 dengan yang terbaharu muncul juara Piala FA buat kali kedua selepas menewaskan Terengganu FC 3-1, semalam.

Pencapaian lain termasuk Harimau Selatan pernah memenangi Piala AFC pada 2015 serta bersaing di peringkat tertinggi Asia, Liga Juara-Juara Asia (ACL).BH



TMJ Jumpa Raja Muda Selangor

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Puteri Balqis & Ibu Jumpa Pakar Psikiatri, Disahkan Hidap PTSD

It’s None Of Your Business– Zul Ariffin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker