Ada yang ‘offer’ jadi isteri kedua – Namie Ubi

Ada yang ‘offer’ jadi isteri kedua
– Namie Ubi

“Ada wanita yang berani minta saya tambah seorang lagi isteri. Ada juga yang terus bertanya isteri jika dia mahu hidup bermadu,” kata pelawak, Namie mendedahkan ada wanita cuba menggoda dan menyatakan hasrat untuk menjadi isteri keduanya.

Namie bagaimanapun tidak takut atau bimbang kerana setiap gerak-gerinya pasti akan diketahui isteri iaitu Izzatul Akma.



“Saya tiada privasi kerana isteri saya ada semua akses. Apa saja benda yang masuk di Instagram, TikTok, Facebook atau Live semuanya isteri tahu.

“Jadi, setiap apa yang berlaku dia tidak tahu daripada saya. Alhamdulillah isteri saya pun sangat profesional.

“Bagi saya, selagi saya tidak melakukannya dia tidak perlu rasa ‘panas’ atau sakit hati kerana yang melakukannya itu orang luar kepada kita, bukan sebaliknya. Isteri pun ketawa saja melihat perkara ini,” katanya.

Menurut Namie, selepas namanya mula dikenali dia cuba menjaga privasi keluarganya apabila enggan terlalu berkongsi kehidupan peribadinya di media sosial



“Hati manusia ini kita tak tahu. Kadang-kadang baik di depan, tapi di belakang lain. Jadi, lebih baik saya ambil pendekatan untuk ‘sorokkan’ semua benda mengenai keluarga.

“Tapi tidaklah terlalu privasi sangat. Kalau isteri saya ‘mention’ di media sosial saya akan ‘repost’. Cuma tidaklah hari-hari saya nak kongsikan kerana tidak mahu benda yang tak baik berlaku kepada mereka. Jika kepada saya seorang saja tidak mengapa,” katanya.

Namie yang juga anggota kumpulan Ubi mendirikan rumah tangga dengan Izzatul pada Mei 2021 dan mereka dikurniakan cahaya mata bernama Ivy Alisa pada Mac tahun lalu. HM

Ada yang ‘offer’ jadi isteri kedua
– Namie Ubi



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Meerqeen dah ‘level’ lain



Ini ke penyondol kacau rumah tangga Hafidz Roshdi?

‘Lepas Cerai, Sha Nak Something Different’ – Shila Amzah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker