Mengantuk punca pemandu lori rempuh polis bantuan hingga maut
Letih dan mengantuk dipercayai menjadi punca seorang pemandu lori hilang kawalan sehingga menyebabkan seorang anggota polis bantuan Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB) maut dalam nahas di Kilometer 11.6, Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern berkata, suspek berusia 26 tahun yang tidak mengalami sebarang kecederaan itu juga tidak memiliki lesen memandu namun, bebas daripada sebarang pengaruh dadah atau alkohol.
Terdahulu, Chong Chern memberitahu, kejadian berlaku apabila seorang pemandu kereta Perodua Viva telah memberhentikan keretanya di lorong kiri iaitu lorong kecemasan jambatan berkenaan akibat mengalami kerosakan.
Menurutnya, mangsa, Musyiri Bakar, 49, tiba tidak lama kemudian bersama kenderaan Toyota Hilux yang diletakkan di belakang Perodua Viva itu untuk memberikan bantuan kecemasan.
“Bagaimanapun, ketika mangsa sedang berjalan ke arah kereta Perodua Viva itu, datang sebuah lori dari arah belakang dan melanggar Toyota Hilux tersebut sebelum ia menggelongsor dan mengenai mangsa yang sedang berdiri di antara kenderaannya dan pembahagi jalan.
“Akibat kejadian itu, mangsa tersepit sebelum terpelanting ke lorong motosikal dan dilanggar pula oleh seorang penunggang motosikal yang kebetulan melalui jalan itu,” katanya di sini, hari ini.
Jelas beliau, mangsa bagaimanapun meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.
“Hasil bedah siasat yang dijalankan di Unit Forensik Hospital Sungai Bakap mendapati, punca kematian mangsa adalah disebabkan pelbagai kecederaan yang konsisten akibat pelanggaran kenderaan motor.
“Penunggang motosikal yang melanggar mangsa pula kini sedang dirawat di Hospital Pulau Pinang manakala pemandu Perodua Viva yang juga seorang wanita berusia 39 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” jelasnya.
Menurutnya, kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987
Tambah beliau, keempat-empat kenderaan yang terlibat termasuk kereta Perodua Viva serta motosikal yang melanggar mangsa turut mengalami kerosakkan akibat kejadian tersebut
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Bomoh didakwa lakukan hubungan seks tanpa kebenaran
- Maut kemalangan ketika bantu kereta rosak di Jambatan Kedua Pulau Pinang
- Zamsaham, pulangkan segera baki wang saya
- Kongres Ekonomi Melayu anjuran UMNO saingi Proklamasi Melayu
- Buat kerja tuhan punca sidang Dewan Rakyat kecoh
- Zahid bertemu Najib dengan kebenaran khas Ketua Pengarah Penjara
- Puteri Sarah bertemu Ira Kazar?
- Komen Puteri Sarah selepas diceraikan Syamsul
- Annuar usah berlagak jadi juara
- Tiga panglima Umno Johor bakal sertai PN
- Badul nikah artis muda?
- Syamsul ceraikan Puteri Sarah dengan talak satu
- Georgina dapat RM500,000 sebulan seumur hidup jika berpisah dengan Ronaldo
- Faizal Tahir terkejut tiket konsert dijual bermula RM488
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pemain Piano Malaysia, Cathryn Li tak sengaja tayang duit simpanan RM40 juta
Tetamu jerit suruh Janna dan Dini ‘Kiss’, fahamlah kenapa Ustaz Wadi balik
You must be logged in to post a comment.