KKM beri cadangan caj terhadap orang kaya di hospital kerajaan dan fasiliti kesihatan dinaikkan
Kementerian Kesihatan akan mencadangkan kepada parlimen supaya caj perkhidmatan penjagaan kesihatan awam dinaikkan untuk golongan kaya.
Langkah itu bertujuan menjadikan isi rumah berpendapatan tinggi membayar perkhidmatan itu mengikut kemampuan kewangan mereka, menurut Kertas Putih Kesihatan (HWP) yang pada mulanya dijadualkan dibentangkan oleh Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa hari ini.
Menurut KKM, walaupun bayaran minimum yang dikenakan oleh kerajaan membolehkan orang ramai mendapat akses yang berpatutan dan lebih baik kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan, struktur bayaran ketika ini membawa kepada jurang yang besar berbanding kos yang ditanggung.
“Struktur fi yang sama untuk semua telah menyumbang kepada ketidaksamaan besar antara bayaran yang dikenakan berbanding dengan kos penyediaan dan keupayaan untuk membayar, terutamanya dalam kalangan isi rumah berpendapatan tinggi.
“Untuk menambah baik kemampanan pembiayaan penjagaan kesihatan awam, kadar fi yang dikenakan di fasiliti penjagaan kesihatan awam akan dikaji semula agar lebih sepadan dengan tahap kemampuan.
“Meskipun demikian, jaringan keselamatan (safety net) isi rumah berpendapatan rendah akan dikekalkan,” katanya.
Mekanisme baru
Menurut kertas putih itu, MOH akan mencadangkan agar semakan struktur bayaran dilaksanakan dalam tempoh lima tahun pertama bagi rancangan 15 tahunnya.
Pada masa ini, warganegara Malaysia yang mendapatkan rawatan di hospital dan klinik kerajaan hanya perlu membayar RM1 untuk rawatan pesakit luar dan RM5 untuk rawatan pesakit luar pakar.
Menurut laman web KKM, rakyat yang menerima rawatan pesakit dalam di wad hospital Kelas Pertama dikenakan bayaran RM10 sehari, manakala bagi wad kelas dua, RM5. Tiada caj dikenakan untuk rakyat Malaysia yang dimasukkan ke wad Kelas Ketiga.
Bagi perkhidmatan bersalin (kelahiran normal), warganegara dikenakan bayaran RM300, RM150 dan RM10 masing-masing untuk wad Kelas Pertama, Kedua dan Ketiga.
Mengenai perkara berkaitan, kementerian juga bercadang untuk mencadangkan mekanisme baru bagi pembiayaan perkhidmatan penjagaan kesihatan.
Menurut kertas putih itu, bergantung kepada kerajaan sebagai sumber kewangan tunggal bukanlah cara yang mampan terutamanya disebabkan peningkatan permintaan yang disebabkan oleh perubahan demografi di negara ini.
“Satu bentuk kompak sosial akan dicadangkan agar pelaburan untuk kesihatan menjadi tanggungjawab bersama. Mekanisme skim caruman progresif akan diteliti, dibahas dan dibentangkan di Parlimen untuk sokongan dwipartisan,” katanya.
Dokumen itu, bagaimanapun, tidak memberikan banyak butiran mengenai bentuk mekanisme yang dikatakan.
Rancangan jangka panjang
Sementara itu, sebagai sebahagian daripada rancangan jangka panjangnya, KKM akan mencadangkan penstrukturan semula fungsi hospital.
Sasaran utama langkah ini adalah untuk meringankan beban hospital kerajaan dengan memindahkan sebahagian perkhidmatannya ke pusat kesihatan primer (PHC) seperti klinik komuniti.
Ini supaya kecekapan dan prestasi hospital dapat ditingkatkan dan ditumpukan kepada kes akut dan penyakit kompleks.
“Ambulatory care-sensitive conditions seperti jangkitan paru-paru dan saluran pernafasan, diarea dan penyakit lelah yang lebih sesuai diurus pada peringkat PHC dan komuniti akan dipindahkan secara berperingkat daripada hospital ke PHC.
“Penjagaan jangka panjang, contohnya untuk warga emas atau pengurusan penyakit NCD dengan komplikasi juga secara progresif akan dikendalikan di luar fasiliti hospital secara kolaboratif dengan penyedia perkhidmatan penjagaan sosial, pemulihan atau paliatif, termasuk dalam komuniti,” kata dokumen itu.
Menurut kertas putih itu, KKM juga akan melancarkan inisiatif Rekod Perubatan Elektronik (EMR) dan Rekod Kesihatan Hayat (ELHR) secara berperingkat.
Rekod ini, katanya, akan mengandungi status kesihatan individu, sejarah perubatan dan maklumat lain yang berkaitan, dan boleh diakses oleh individu tersebut.
“Rakyat akan diberi hak untuk memegang data peribadi masing-masing dan boleh memberi akses data kesihatan mereka kepada penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan dan Kerajaan bila diperlukan, sekali gus memastikan privasi dan kerahsiaan data kesihatan peribadi.
“EMR dan ELHR bukan sahaja akan digunakan sebagai repositori data sejarah perubatan Rakyat, malah kedua-dua rekod ini juga akan digunakan bagi membangunkan pelan penjagaan kesihatan peribadi secara pintar untuk masa hadapan,” katanya.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Bomoh didakwa lakukan hubungan seks tanpa kebenaran
- Maut kemalangan ketika bantu kereta rosak di Jambatan Kedua Pulau Pinang
- Zamsaham, pulangkan segera baki wang saya
- Kongres Ekonomi Melayu anjuran UMNO saingi Proklamasi Melayu
- Buat kerja tuhan punca sidang Dewan Rakyat kecoh
- Zahid bertemu Najib dengan kebenaran khas Ketua Pengarah Penjara
- Puteri Sarah bertemu Ira Kazar?
- Komen Puteri Sarah selepas diceraikan Syamsul
- Annuar usah berlagak jadi juara
- Tiga panglima Umno Johor bakal sertai PN
- Badul nikah artis muda?
- Syamsul ceraikan Puteri Sarah dengan talak satu
- Georgina dapat RM500,000 sebulan seumur hidup jika berpisah dengan Ronaldo
- Faizal Tahir terkejut tiket konsert dijual bermula RM488
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pemain Piano Malaysia, Cathryn Li tak sengaja tayang duit simpanan RM40 juta
Tetamu jerit suruh Janna dan Dini ‘Kiss’, fahamlah kenapa Ustaz Wadi balik
You must be logged in to post a comment.