10 orang ‘warlord’ atau pemimpin utama UMNO hanya khabar angin – MB Pahang

Gembar-gembur kononnya 10 orang ‘warlord’ atau pemimpin utama UMNO akan menyertai Perikatan Nasional (PN) sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) dianggap tidak lebih daripada khabar angin.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata berita demikian muda untuk direka oleh sesiapa pun sebagai antara strategi perang saraf menjelang PRN.

“Itu hanya khabar angin, jangan percaya. Semua orang boleh cakap 10, lima atau tiga ‘warlord’ nak sertai PN.

“Kita kena faham, ini semua politik dan bakal ada PRN, maka timbullah macam-macam cerita.

“Kita pula sebarkan cerita tidak sahih dan seeloknya jangan percaya.

“Saya tidak dengar pun ada yang dari Pahang,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Besar Pahang, berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Muhammad Athif Fahri Mohd Farhan berusia setahun empat bulan yang menghidap penyakit jarang jumpa, Spinal Muscular Atrophy (SMA) Type 1 di Permatang Badak Maju di sini, hari ini.

Kelmarin, PN dikatakan akan mengumumkan senarai 10 warlord merangkumi individu disisihkan UMNO untuk menyertai parti dalam gabungan itu dalam masa terdekat.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin, dilaporkan berkata, pimpinan gabungan parti sedang memuktamadkan urusan berkaitan.

Laporan sebelum ini, bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar, dan bekas Menteri Kesihatan yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, antara yang disebut-sebut bakal menyertai PN.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pemain Piano Malaysia, Cathryn Li tak sengaja tayang duit simpanan RM40 juta

Saya Nak Sangat Expose Artis Hamilkan Saya Tapi….

Tetamu jerit suruh Janna dan Dini ‘Kiss’, fahamlah kenapa Ustaz Wadi balik

Awal Ashaari cari penyakit upload video Ameera tonggek

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker