Lima pendaki paling terkenal Gunung Everest yang terkorban

Lima pendaki paling terkenal Gunung Everest yang terkorban

BERIBU-RIBU orang berduyun-duyun ke Gunung Everest setiap tahun dengan harapan dapat mendaki gunung paling terkenal dan tertinggi di dunia.

Malangnya, tidak semua daripada mereka berjaya kembali. Apabila ada mendaki gunung setinggi 8,849 meter terbabit dengan kemalangan.



Kadang-kadang cuaca buruk berlaku, kadang-kadang pendaki cedera dan kebanyakan masa, oksigen adalah terhad.

Di Everest, ia akan ada pendaki hidup dan berjaya menawan puncak gunung itu, manakala ada yang terkorban mati.

Mengikut laporan lebih 310 pendaki meninggal dunia dalam percubaan sampai ke puncaknya, dan kematian itu juga ada dikaitkan dengan runtuhan salji, jatuh serta pendedahan kepada cuaca sejuk melampau yang akhirnya menimbulkan masalah kesihatan kepada pendaki.

Berikut adalah lima ‘korban’ paling terkenal Gunung Everest.



1) Pendaki lagenda George Mallory

George Herbert Leigh Mallory, 33, seorang pengembara warga British mungkin adalah antara ratusan pendaki Gunung Everest paling terkenal di dunia, yang terkorban dalam usaha menawan puncak tertinggi itu.

Sebaris ayat iaitu ‘kerana ia (Gunung Everest) di situ’ membuatkan Mallory terkenal apabila dia ditanya mengapa mahu mendaki gunung tertinggi dunia itu.

Sehingga ke saat ini, jawapannya itu sekali gus memberi inspirasi kepada ribuan pendaki di dunia yang memasang angan-angan menakluk puncak itu.



Mallory sewaktu berusia 38 tahun hilang di pergunungan itu bersama rakan pendakinya Andrew Irvine pada 1924.

Mayatnya hanya ditemui pada 75 tahun kemudian iaitu pada 1999, di bawah kepingan salji tebal oleh pasukan Ekspedisi Penyelidikan Mallory dan Irvine.

Ketika ditemui sebahagian badannya masih terpelihara dengan baik.

2) Si But Hijau Tsewang Paljor



Paljor, 28, polis Sempadan Indo-Tibet terkorban bersama dua lagi rakan pendaki, Tsewang Smanla dan Dorje Morup, dalam ribut salji, pada Mei 1996.

Mayat Tsewang Paljor kekal di Everest selama 18 tahun dan didakwa menyambut pendaki gunung yang mendaki di sebelah utara.

Selama bertahun, dia seorang lagi mangsa gunung tidak dikenali dan tidak berwajah tetapi begitu terkenal dengan kasut pendaki rona hijau neon dipakai sewaktu kematiannya.

Menurut pendaki gunung yang sudah sampai ke puncak, 80 peratus pendaki akan mencari terserempak dengan Paljor ketika mencari perlindungan di gua, mayat itu berada.



Gua itu dinamakan Green Boots dan berada pada ketinggian 8,500 meter dan dipenuhi dengan tangki oksigen terbiar.

Pada 2014, ekspedisi China memindahkan mayat Paljor ke lokasi kurang terdedah di atas gunung, mayat didakwa masih kekal dan tidak lagi dilihat pendaki.

3) Pendaki Solo David Sharp

David Sharp, 34, dikatakan mahu mendaki Gunung Everest bersendirian tanpa membabitkan kumpulan dan radio, pada 2006.



Dia didakwa masuk berselindung dalam gua Green Boots untuk berhenti rehat, tapi tidak pernah keluar semula.

Dikatakan, di gua itu terdapat kira-kira 40 pendaki di situ. Ada tidak mengendahkannya namun ada simpati dengan memintanya untuknya terus sedar, namun mereka tahu Sharp tidak akan dapat bertahan.

Dianggarkan 40 pendaki melihatnya di dalam gua ketika dia mati beku, terlalu jauh untuk bercakap atau bergerak.

Ada tidak mengendahkannya, ada merayu dia terus bergerak. Seorang duduk bersamanya dan berdoa. Mereka semua tahu dia tidak akan bertahan.

Mayatnya, kekal di Everest dan hanya dialihkan pada 2007, di tengah-tengah kemarahan ramai itu.

4) Hannelore Schmatz, korban wanita pertama

Schmatz, wanita keempat pernah mendaki Gunung Everest dan wanita pertama mati di situ.

Mayatnya beku didakwa menghantui pendakian tetapi keadaan juga dilihat agak santai iaitu bersandar pada beg galas menggunakan siku, mata terbuka dan rambut bergerak mengikut tiupan angin.

Pendaki gunung Norway dan ketua ekspedisi Arne Næss, Jr. yang memperincikan pertemuannya dengan mayat Schmatz pada 1985, berkata dia melihat seolah-olah wanita itu duduk bersandar pada begnya, seperti sedang berehat sebentar.

“Lirik matanya seperti mengikut saya. Keadaannya mengingatkan saya keadaan sebenar pergunungan itu, katanya.

5) Rob Hall, pendaki lima kali puncak Everest

Warga New Zealand, Rob Hall, pada 1996 membimbing lapan orang untuk mendaki Gunung Everest termasuk seorang pendaki Doug Hansen, yang berdepan kesulitan sewaktu halangan terakhir.

Hall mengarahkan sherpa untuk turun membantu pendaki lain, tetapi dia mempertaruhkan nyawanya untuk menemani Hansen, yang kehabisan oksigen tambahan.

Dalam panggilan radio ketika dia meminta bantuan sejurus ribut salji, Hansen tidak sedarkan dan rakan Hall, Andy Harris, mula mendaki gunung dengan membawa lebih banyak oksigen dan air.

Tetapi, Hall menerusi panggilan radio mengesahkan Harris sudah berjaya menemui mereka tetapi Hansen tidak bernyawa. Dalam panggilan seterusnya, Hall mengatakan, tangan dan kakinya sudah mengalami ‘frostbite’ serta sukar meneruskan perjalanan dan dalam panggilannya terakhirnya, dia meminta menyambungkan kepada isterinya yang ketika itu sedang hamil, sebelum meninggal dunia.

Mayat Hall ditemui di gunung itu 12 hari kemudian, dan masih kekal di bahagian bawah South Summit. BH

Lima pendaki paling terkenal Gunung Everest yang terkorban

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Qistina Raisah Mahu Puteri Balqis Cerita Hal Sebenar

Kami bukan ramas punggung pun – Aliff Syukri

Pengacara terkenal pilih untuk ‘Free-Hair’ sambut ulang tahun ke-39

Hanya kerana iPhone, wanita muda sanggup jadi pelacur online

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker