PRN Johor: Sokongan Undi 18 sukar diramal

SHAH ALAM – Perlaksanaan Undi 18 buat kali pertama pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menjadikan PRN tersebut berbeza berbanding Pilihan Raya Kecil (PRK) dan PRN sebelum ini.

Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Wilayah Persekutuan, Asmaaliff Abdul Adam berkata, agak sukar untuk meramalkan parti mana akan mendapat sokongan golongan Undi 18.

Malah beliau turut mengakui bahawa PRN Johor sangat penting untuk dijadikan sebagai indikator dan cerminan kepada semua parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.



“Ya, kerana ini pertama kali dan semua parti (yang bertanding) tiada pengalaman sebegini,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi pada Rabu.

Menurutnya, sebarang keputusan PRN Johor akan menyebabkan perubahan kepada konfigurasi politik pada PRU15, kesan kemasukan Undi 18 iaitu kemunculan kuasa politik golongan muda di negara ini.

“Hatta UMNO parti yang lama pun tidak dapat menjangka dengan jelas tahap sokongan Undi 18, sebab itu mereka cuba untuk menyegerakan PRN Johor agar Undi 18 tidak dilaksanakan,” katanya.

Untuk rekod, PRN Johor kali ini akan menyaksikan pertambahan signifikan jumlah pengundi baharu sebanyak 30 peratus, iaitu 749,731 pengundi hasil pelaksanaan Undi 18.



Ini menjadikan jumlah keseluruhan pengundi di Johor ialah 2.5 juta berbanding 1.8 juta pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 2018.

PRN Johor: Sokongan Undi 18 sukar diramal


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Ajal dijemput ketika sujud solat Dhuha

Valentino Rossi beli nasi goreng di warung



UMNO tak takut saya, tak tahulah – Hamzah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker