Influencer penat masak tetamu tak datang open house!
Lama tunggu barulah muncul 2-3 orang, itu pun selepas IG kena block
Influencer penat masak tetamu tak datang open house!
TUNGGU punya tunggu tapi tak kunjung tiba.
Begitulah situasi dialami seorang pempengaruh (influencer), Naim Azhar apabila majlis rumah terbukanya tidak berlangsung seperti yang dirancang.
“Nasi beriyani, soto, creampuff, brownies, kek pisang, roti jala, lontong, ayam kurma, sup ayam, kari ayam.
“Mana tetamu… tetamu tak ada pun. Tak sampai-sampai ni. Makanan dah bayar. Tapi tetamu tak datang.
“Sedihlah macam ni. Dah jemput dah. Nanti tak jemput, marah,” katanya menerusi video yang dimuat naik dan tular.
Baca Artikel Menarik:
- Amelia Henderson masih mualafkah? Netizen cetus pertanyaan
- Ibu Syamsul Tak Tenang
- Amy Mastura kena makan sate buktikan tak pakai susuk
Sebagaimana dikongsikan di halaman Twitter, kelihatan aneka jenis makanan sudah sedia dihidangkan namun majlis sepi tanpa kehadiran tetamu.
Menurut Naim, dia sedih melihat situasi itu memandangkan dia dan rakan serumahnya sudah bertungkus lumus menyiapkan banyak juadah untuk majlis berkenaan.
“Makanan banyak dah siap. Penat saya dengan housemate masak tapi itulah… ramai tak datang,” katanya lagi..
Apa yang membuatkan pemuda ini lebih terkilan adalah rakan-rakan yang dijemput bukan sahaja memberi respons mengecewakan dengan membatalkan kehadiran mereka pada saat akhir malah ada yang tergamak mendiamkan diri.
Kecewa dengan apa berlaku, Naim berhasrat untuk melupakan kejadian ini dengan ‘menyingkirkan’ tetamu jemputannya di media sosial dan memadam kenalan (contact) daripada telefonnya.
Baca Artikel Menarik:
- Umpan Khairy, Shahril jadi PM petanda DAP tiada calon layak
- Kematian Tangmo Nida, Pemilik Dan Pemandu Bot Mengaku Bersalah
- Undi tidak percaya terhadap Idrus pertama kali dalam sejarah – bekas peguam negara
“Sedih tau… yang cancel last minute, yang diamkan diri.
“Lepas ni kalau awak call saya, saya jawab who is this janganlah tanya kenapa tahu. People move on,” katanya lagi.
Penat saya dengan housemate masak tapi itulah… ramai tak datang. – NAIM
Namun, dia sedikit gembira apabila terdapat beberapa tetamu yang hadir seperti mana dimaklumkan dalam perkongsiannya.
Malah, mereka tidak hadir ke majlisnya dengan tangan kosong sebaliknya masing-masing membawa buah tangan untuk sesi pertukaran hadiah (exchange gifts).
“Baru dua orang datang, terima kasih. Saya dah request friend balik dekat Instagram, tadi dah block,” katanya lagi.
Baca Artikel Menarik:
Gara-gara jumlah tetamu yang hadir tidak seperti jangkaan Naim, lebihan makanan diberikan kepada pengawal keselamatan.
Hantaran tersebut meraih lebih 1,000 ulang kicau dan 2,900 tanda suka setelah dikongsikan olehnya.
Rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib menimpa Naim.
Dalam pada itu, ramai yang meminta Naim agar menjemput mereka sekiranya menganjurkan lagi sekali rumah terbuka pada masa akan datang.
“Ada lagi ke extra tu, terliur tengok roti jala , soto dengan creampuff tu. Kerja hari minggu tak best tak dapat pergi open house.
“Rumah terbuka is the best tahu. Lain kali jemput je saya. Saya suka makan,” antara komen netizen.
Baca Artikel Menarik:
- Shuib pertahankan tunang, henti bandingkan Watie dengan Sarah
- Mark Adam hampir dibunuh, enggan kecoh kes ditipu kontraktor
- Ibu pengantin menangis apabila bekas kekasih menyanyikan lagu sedih dimajlis perkahwinan [VIDEO]
- Baju Ada Kesan Air Mani, Boleh Solatkah?
- Penjawat awam dapat urutan seks pada waktu kerja
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.