Suami wheelie direman , isteri jadi saksi
Suami wheelie direman , isteri jadi saksi
Kota Bharu: Remaja lelaki yang menunggang motosikal dengan membuat aksi ‘Wheelie’ ditahan reman selama tiga hari.
Perintah reman bermula hari ini sehingga 30 April itu dikeluarkan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Terdahulu suspek berusia 17 tahun bersama isteri berumur 16 tahun tiba di Mahkamah Majistret Kota Bharu jam 9.50 pagi tadi dengan diiringi polis.
Bagaimanapun permohonan reman terhadap remaja perempuan itu yang juga pembonceng ditolak atas alasan hanya sebagai saksi pertuduhan dan perlu dibebaskan.
Sebelum ini media melaporkan sepasang remaja yang juga pasangan suami isteri berusia 16 dan 17 tahun tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu pagi semalam.
Pasangan suami isteri itu tampil susulan video mereka menunggang motosikal sambil melakukan aksi ‘Wheelie’ dengan berpakaian baju Melayu dan berbaju kurung dipercayai berlaku di Jalan Pasir Puteh, Peringat, di sini, tular sejak 25 April lalu.
Kejadian itu menyebabkan pihak berkuasa cuba mengesan pasangan remaja itu dan pagi semalam mereka tampil menyerah diri selepas dua hari menghilangkan diri. HM
Suami wheelie direman , isteri jadi saksi
Baca Artikel Menarik:
- Anwar PM paling teruk jika gagal tunai janji reformasi – Suaram
- Virgoun Bawa ‘Penyondol’ Datang Beraya Di Rumah
- Kenapa Najib Razak perlu diberi Pengampunan DiRaja?
- Isteri Perli ND Lala & Madu
- Naim Daniel cedera main mercun
- A. Aida sanggup terima hantaran RM1
- Selepas ramai wanita ‘patah hati’, Khairul Aming jelaskan siapa gadis itu
- Perkelahan keluarga bertukar tragedi, gadis lemas di Lata Changkah
- ND Lala sibuk beraya di rumah Kazar, isteri pula menangis di rumah
- TMJ jadi ahli lembaga kumpulan bola sepak?
- Lebih baik saya duduk di Mekah – Zul Ariffin
- Selfi Nafilah dah bosan jadi janda
- Anna Jobling pulak nak sertai Miss Universe
- “High Maintenance” punca lelaki takut dekati Nadia Brian
Layari Laman Facebook MYKMU.NET