Pemuda OKU tinggal motosikal, lari ‘ketakutan’ ditemui mati dalam longkang

Pemuda OKU tinggal motosikal, lari ‘ketakutan’ ditemui mati dalam longkang

Seorang pemuda Orang Kurang Upaya (OKU) yang dilaporkan hilang selepas secara tiba-tiba meninggalkan motosikalnya pada Isnin ditemukan meninggal dunia di dalam longkang di Jalan Persiaran Kerian Permai, Parit Buntar di Perak semalam.

Ketua Polis Perak Mohd Yusri Hassan Basri berkata, bapa pemuda berusia 19 tahun itu membuat laporan kehilangan mangsa di Balai Polis Parit Buntar.



“Siasatan awal mendapati pemuda itu bersama sepupu lelaki telah pergi ke rumah rakannya di Taman Kerian Permai sekitar 10.30 malam hari kejadian.

“Ketika pemuda itu bersama rakan dan sepupunya dalam perjalanan pulang ke rumah, mangsa yang menunggang motosikal seorang diri secara tiba-tiba bertindak membuang motosikal lalu berlari ke arah Persiaran Jalan Permai seperti dalam ketakutan,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, mangsa dikatakan berlari terlalu pantas hingga rakan dan sepupunya tidak nampak kelibatnya. Bapanya cuba mencari, namun gagal lalu meminta bantuan polis.

“Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian telah melakukan siasatan lanjut dan mendapati tiada unsur perlakuan jenayah di tempat kejadian.



“Proses pengecaman mayat di tempat kejadian turut mendapati pemuda itu adalah anak kepada pengadu yang dilaporkan hilang sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata beberapa spesimen telah dihantar ke Jabatan Kimia bagi membantu siasatan dan buat masa ini kematian pemuda itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Yusri meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes itu dan menghubungi balai polis berdekatan sekiranya mempunyai sebarang maklumat. FMT

Pemuda OKU tinggal motosikal, lari ‘ketakutan’ ditemui mati dalam longkang



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kenapa kaitkan aku – Puteri Sarah



Dini Schatzmann, Janna Nick Kembali Bercinta

View Chin rugi jutaan ringgit



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker