Mangsa kedua maut akibat strok haba

Mangsa kedua maut akibat strok haba

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 18 bulan di Kelantan dilaporkan meninggal dunia pada Selasa dipercayai akibat strok haba, korban kedua akibat cuaca panas di negeri itu.

Menurut laporan Berita Harian, bapa kanak-kanak itu, Ahmad Faris Fazli Mohd Nasir berkata, dia membawa anak tunggalnya Nur Imani ke Unit Kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II pada Isnin lalu selepas anaknya muntah-muntah.



Faris yang tinggal Kampung Kota di Kota Bharu berkata, sejak seminggu lalu Nur Imani sering batuk sebelum muntah-muntah beberapa hari selepas itu.

“Doktor yang merawat anak saya memberi ubat dan meminta membawanya pulang.

“Bagaimanapun, keadaan anak saya semakin teruk sebelum meninggal dunia kira-kira jam 7.20 pagi Selasa,” katanya.

Menurutnya, laporan bedah siasat yang dijalankan di hospital mendapati punca kematian Nur Imani adalah akibat strok haba.



“Air dalam badan semua kering. Paru-paru sudah kecut,” katanya.

Pada Selasa lalu, seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dari Kampung Perupok di Bachok dilaporkan menjadi mangsa pertama strok haba apabila dilaporkan meninggal dunia.

Mangsa, Muhamad Syamil Aqil dikatakan meninggal dunia pada 9.27 pagi semasa sedang mendapatkan rawatan di sebuah klinik.

Ibu mangsa dikenali sebagai Wanie berkata, hasil bedah siasat dilakukan mengesahkan anak lelaki sulung daripada tiga beradik itu maut akibat strok haba dan dehidrasi.



“Doktor merawat memberitahu buah pinggang, jantung anak sudah hangus. Di dalamnya sudah kosong, air dan darah dalam badan sudah kering,” katanya.

Jabatan Meteorologi sebelum ini berkata tujuh kawasan di Semenanjung mengalami cuaca panas dengan Tahap Amaran 1 (berjaga-jaga) selepas mencatatkan suhu antara 35 hingga 37 darjah Celsius. FMT

Mangsa kedua maut akibat strok haba

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kenapa kaitkan aku – Puteri Sarah

Dini Schatzmann, Janna Nick Kembali Bercinta



View Chin rugi jutaan ringgit



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker