Polis buru penunggang wheelie di Kota Bharu (Video)
Polis buru penunggang wheelie di Kota Bharu (Video)
Polis mengesan seorang lelaki yang menunggang motosikal dipercayai melakukan aksi berbahaya sambil membonceng seorang wanita yang tular di media sosial.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim Berkata, aksi ‘wheelie’ itu dipercayai berlaku di Jalan Pasir Puteh, Kampung Peringat, Kota Bharu, Kelantan.
“Video itu jelas memaparkan penunggang terbabit lengkap berpakaian baju Melayu.
“JSPT Bukit Aman mengarahkan JSPT Kontinjen Kelantan untuk mengesan penunggang motosikal terbabit bagi siasatan lanjut.
“Aksi secara berbahaya ini adalah kesalahan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Beliau berkata, polis meminta penunggang motosikal itu untuk hadir ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Dalam pada itu, Mat Kasim meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut boleh menyalurkan kepada JSPT Kontinjen Kelantan atau mana-mana balai polis yang berdekatan.
Terdahulu video berdurasi 29 saat yang dikenalpasti berlaku di Kota Bharu itu tular di media sosial sejak 25 April lalu dan mendapat kecaman pelbagai pihak. BH
Polis buru penunggang wheelie di Kota Bharu (Video)
Baca Artikel Menarik:
- Anwar PM paling teruk jika gagal tunai janji reformasi – Suaram
- Virgoun Bawa ‘Penyondol’ Datang Beraya Di Rumah
- Kenapa Najib Razak perlu diberi Pengampunan DiRaja?
- Isteri Perli ND Lala & Madu
- Naim Daniel cedera main mercun
- A. Aida sanggup terima hantaran RM1
- Selepas ramai wanita ‘patah hati’, Khairul Aming jelaskan siapa gadis itu
- Perkelahan keluarga bertukar tragedi, gadis lemas di Lata Changkah
- ND Lala sibuk beraya di rumah Kazar, isteri pula menangis di rumah
- TMJ jadi ahli lembaga kumpulan bola sepak?
- Lebih baik saya duduk di Mekah – Zul Ariffin
- Selfi Nafilah dah bosan jadi janda
- Anna Jobling pulak nak sertai Miss Universe
- “High Maintenance” punca lelaki takut dekati Nadia Brian
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.