Lelaki Melayu mati dalam longkang, polis beri amaran jadi buat spekulasi
Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang akan mengeruhkan lagi keadaan susulan penemuan mayat seorang lelaki di dalam longkang di Jalan Persiaran Kerian Permai di sini petang semalam.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan berkata, hasil proses bedah siasat yang dilakukan di unit forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) mendapati, punca kematian tidak dapat dikenal pasti.
“Beberapa spesimen diterima dan dihantar ke Jabatan Kimia di Ipoh bagi membantu keseluruhan siasatan. Buat masa ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, mayat yang dijumpai di dalam longkang tersebut merupakan seorang lelaki Melayu berusia 19 tahun yang hilang pada hari raya ketiga yang lalu.
“Ahli keluarganya telah datang membuat laporan tentang kehilangan anaknya, Mohamad Arif Zakuan Mohd. Redzuan di Balai Polis Parit Buntar pada petang semalam.
“Susulan daripada laporan yang dibuat, pihak polis bersama-sama ahli keluarga telah menjalankan usaha mencari di kawasan terakhir anak lelakinya berada sebelum ditemui terbaring di dalam longkang di kawasan Taman Kerian Permai,” katanya.
Tambahnya, hasil siasatan awal mendapati, kira-kira pukul 10.30 malam raya ketiga, Mohamad Arif Zakuan yang merupakan seorang pemegang kad orang kurang upaya bersama sepupunya dalam perjalanan pulang dari berhari raya di kawasan taman tersebut.
“Mohamad Arif Zakuan menunggang motosikal secara berseorangan telah membuang motosikal yang ditunggangnya dalam perjalanan pulang secara tiba-tiba dan terus berlari menuju ke arah Persiaran Jalan Permai seolah-olah dalam ketakutan dan menyebabkan sepupu dan rakannya tidak dapat mengejar kelibatnya dan tidak tahu ke mana dia menghilang,” katanya.
Tambahnya, setelah gagal mencari sendiri dan menemu mangsa, ahli keluarganya bertindak meminta bantuan pihak polis.
“Siasatan lanjut Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian mendapati tiada unsur perlakuan jenayah di tempat kejadian. Saya menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengeruhkan keadaan,” katanya.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Anwar PM paling teruk jika gagal tunai janji reformasi – Suaram
- Virgoun Bawa ‘Penyondol’ Datang Beraya Di Rumah
- Kenapa Najib Razak perlu diberi Pengampunan DiRaja?
- Isteri Perli ND Lala & Madu
- Naim Daniel cedera main mercun
- A. Aida sanggup terima hantaran RM1
- Selepas ramai wanita ‘patah hati’, Khairul Aming jelaskan siapa gadis itu
- Perkelahan keluarga bertukar tragedi, gadis lemas di Lata Changkah
- ND Lala sibuk beraya di rumah Kazar, isteri pula menangis di rumah
- TMJ jadi ahli lembaga kumpulan bola sepak?
- Lebih baik saya duduk di Mekah – Zul Ariffin
- Selfi Nafilah dah bosan jadi janda
- Anna Jobling pulak nak sertai Miss Universe
- “High Maintenance” punca lelaki takut dekati Nadia Brian
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dini Schatzmann, Janna Nick Kembali Bercinta
You must be logged in to post a comment.