1,500 koleksi peribadi Freddie Mercury dilelong

1,500 koleksi peribadi Freddie Mercury dilelong

Lebih 1,500 koleksi peribadi vokalis kumpulan rock legenda, Queen, Freddie Mercury seperti pakaian, objek unik dan draf lirik yang tidak pernah dipamerkan bakal dilelong, tahun ini.

Mengikut laporan platform jualan lelong, Sotheby’s, kebanyakan koleksi masih tersimpan kemas dan tidak pernah disentuh di kediaman Mercury di barat London dalam tempoh tiga dekad sejak pemergiannya.



Pameran secara terbuka akan berlangsung di London selama sebulan mulai 4 Ogos depan.

Barangan seperti pakaian, lukisan dan barangan harian Mercury akan dilelong dalam enam acara lelongan di London yang dianggarkan berjumlah £6 juta (RM29.5 juta).

Menerusi laporan portal CNN, koleksi barangan peribadi itu akan dijual oleh rakan baiknya, Mary Austin yang selama ini bertanggungjawab menjaga barangan yang tersimpan kemas di Garden Lodge, Kensington sejak pemergian Mercury pada 1991.

“Saya gembira dan ia tentunya satu kelebihan hidup dikelilingi semua perkara indah yang digemari oleh Mercury.



“Bertahun sudah berlalu dan sudah masanya untuk saya mengambil keputusan amat sukar untuk menutup lembaran istimewa dalam hidup saya,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Sotheby’s.

Austin menyifatkan Mercury sebagai seorang pengumpul yang hebat dan bijak kerana menghargai nilai barangan yang ditemui dan proses itu bagi meraikan keunikan serta semangat penyanyi itu.

Koleksi bakal dilelong termasuklah replika mahkota St Edward’s yang digunakan oleh Raja Charles III pada pertabalan dan pernah dipakai Mercury atau nama sebenarnya, Farrokh Bulsara itu dalam persembahannya pada 1980.



Ia termasuk jubah diperbuat daripada bulu tiruan, baldu merah dan batu permata yang direka oleh rakan Mercury, Diana Moseley.

Kostum berkenaan dipakainya ketika Konsert Live Aid pada 1985 dan jelajah Queen yang terakhir, God Save The Queen pada 1986.

Ia dianggarkan mampu dijual sehingga £80,000 (RM393,930).

Pada Jun depan, siri jelajah pameran akan diadakan di New York, London, Los Angeles dan Hong Kong.



Sementara itu, draf lirik lagu We Are The Champions yang ditulis tangan turut dilelong.

Salah satu lagu terbaik milik kumpulan Queen itu ditulis dalam sembilan lembaran dan dijangka boleh dijual antara £200,000 (RM984,830) hingga £300,000 (RM1.5 juta).

Hasil seni sentuhan Pablo Picasso dan beberapa barangan Henri Matisse seperti permata, jade, jam meja loga dan barangan antik dari Jepun antara barangan ditawar pada acara lelongan itu.



Pengarah Senior Sotheby’s, David Macdonald menyifatkan koleksi Mercury adalah manifestasi individu yang luar biasa, kreatif dan memiliki selera dan mata yang pandai menilai keindahan.

Sebahagian hasil lelongan akan disumbangkan kepada Mercury Phoenix Trust yang diasaskan oleh anggota kumpulan Queen, Brian May, Roger Taylor dan pengurusnya, Jim Beach bagi menyokong inisiatif HIV dan Aids.

Ia juga akan disalurkan kepada Elton John Aids Foundation.

Terdahulu, Mercury meninggal dunia di London akibat Aids pada 24 November 1991, sehari selepas mengumumkan diagnosis penyakit berkenaan. BH



1,500 koleksi peribadi Freddie Mercury dilelong

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kenapa kaitkan aku – Puteri Sarah

Dini Schatzmann, Janna Nick Kembali Bercinta

View Chin rugi jutaan ringgit

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker