Nor Hidayah bawa anak ke Gunung Jerai
Mandi di Telaga Tok Sheikh usaha rawat sihir
Nor Hidayah bawa anak ke Gunung Jerai
BALU Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah Mohd Ali sanggup membawa anaknya ke puncak Gunung Jerai, Kedah bagi tujuan merawat anak lelakinya yang didakwa terkena sihir sejak bayi.
Nor Hidayah berkata, kunjungan ke Gunung Jerai adalah untuk memandikan anaknya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey di Telaga Tok Sheikh sebagai salah satu usaha untuk melihat kanak-kanak itu kembali sihat.
“Ibu bawa Hamzah pergi mandi di Telaga Tok Sheikh. Semoga anak ibu kembali sihat seperti sedia kala. Amin. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan kita semua,” katanya.
Nor Hidayah berkongsi mengenai perjalanannya ke Gunung Jerai menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram pada Sabtu.
Dalam pada itu, Nor Hidayah berkata, selain memandikan Hamzah di Telaga Tok Sheikh, dia sempat solat di kawasan tersebut selain Gunung Jerai memberi ketenangan kepadanya.
Baca Artikel Menarik:
- Atu digelar anjing, enggan halalkan duit RM30 ribu
- Sharnaaz Ahmad dah ada kekasih tapi malu nak cerita
- Sami India Mahu Tawan Kota Mekah
“Alhamdulillah dapat solat di Telaga Tok Sheikh, rasa aura yang sangat luar biasa. Solat memohon pada Allah kesembuhan untuk anak ibu. Di Telaga Tok Sheikh ayahjang, atuk, kakak mandikan Hamzah. Air yang tak pernah putus-putus.
“Rasa tenang di sini, banyak sejarah Gunung Jerai. Dapat aura luar biasa dan terima kasih yang mendoakan kami sekeluarga,” ujarnya.
Sementara itu, Nor Hidayah berkata, dia tidak ambil pusing kata-kata netizen tentang tindakan dia berkongsi mengenai keadaan Hamzah memandangkan mereka tidak melalui apa dihadapinya.
Katanya, sebagai ibu dia akan melakukan yang terbaik demi melihat Hamzah kembali sihat seperti sedia kala.
Ibu akan buat terbaik untuk anak ibu, biarlah apa orang nak cakap. – NOR HIDAYAH MOHD ALI BALU ALLAHYARHAM ABAM
“Ibu akan buat terbaik untuk anak ibu, biarlah apa orang nak cakap. Hanya Allah yang mengetahui semua ini sebab mereka tak pernah rasa apa yang kita rasa selama ini.
Baca Artikel Menarik:
- Emraz batal bayaran balik umrah tertangguh
- Baju Melayu ‘low’ kualiti, pemasaran bukan main gempak
- Diana Danielle lancar apa pulak tu
“Itu sebab juga ibu tak pernah nak letak video atau pun gambar anak ibu, sebab tahu setiap kali buat macam itu, pasti akan terjadi sesuatu,” ujarnya.
Pada 2 April lalu, Nor Hidayah mendedahkan dia terkena sihir sejak Allahyarham suaminya meninggal dunia dan dua hari kemudian, abangnya iaitu Mohd Azmier Zamier pula mendakwa anak saudaranya itu diganggu setiap malam dan kerap keluar masuk hospital.
Nor Hidayah turut meminta bantuan orang ramai sekiranya tahu tempat perubatan Islam yang boleh dituju bagi merawat anaknya.
Untuk rekod Hidayah dan Abam mendirikan rumah tangga pada 2017.
Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas pada usia 32 tahun.
Baca Artikel Menarik:
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.