Rita Rudaini bangga, anak dapat Anugerah Pengetua MRSM
Rita Rudaini bangga, anak dapat Anugerah Pengetua MRSM
Pelakon Rita Rudaini berkongsi rasa gembira dan bangga selepas anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin berjaya memperoleh Anugerah Pengetua atas kecemerlangannya dalam bidang akademik.
Ujar Rita, 47, kejayaan diperoleh Rayyan yang bersekolah di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ulul Albab, Gemencheh, Negeri Sembilan turut menjadi hadiah istimewa untuk hari jadinya yang diraikan semalam.
Menerusi hantaran yang dimuat naik Rita dalam Instagram miliknya, pelakon filem Mami Jarum itu berkongsi rasa syukur selepas Rayyan, 14, memperoleh pointer yang tinggi, sekali gus melayakkannya mendapat anugerah tersebut.
Anugerah Pengetua MRSM merupakan anugerah yang diberikan kepada pelajar yang memperoleh Purata Nilaian Gred (PNG) 3.50 dan ke atas.
“Tahun lepas hari jadi mommy (panggilannya), Rayyan bagi hadiah dapat tempatkan diri di MRSM. Tahun ini Rayyan bagi hadiah lagi dapat Anugerah Pengetua dengan pointer tinggi.
“Syukur alhamdulillah. Mommy tak minta lebih, cuma nak anak-anak buktikan pada diri sendiri dan kepada orang di luar sana yang kita mampu berjaya.
“Pedulikan cemuhan dan kejian manusia kerana Allah SWT sentiasa ada untuk kita,” katanya.
Dalam pada itu, Rita yang juga merupakan seorang ibu tunggal turut memanjatkan rasa syukur kerana dikurniakan rezeki anak-anak yang baik dalam hidupnya.
“Terima kasih Allah kerana hadiahkan rezeki anak-anak yang baik untukku. Rezeki Ramadan,” katanya.
Dalam hantaran itu juga, pelakon itu turut berkongsi video anaknya berjalan di atas pentas untuk mengambil anugerah, selain video berbentuk ucapan yang dibuat oleh Rayyan ibunya.
“Assalamualaikum mommy. Selamat hari jadi. Ini hadiah daripada saya. Saya doakan semoga mommy panjang umur dan murah rezeki,” katanya.
Dalam ruangan komen, rata-rata pengikut Rita turut berkongsi rasa gembira dan terharu atas kejayaan pelakon itu membesarkan anak-anak sehingga berjaya menjadi zuriat yang soleh dan bijak.
Malah ramai yang menganggap Rita sangat beruntung kerana dikurniakan cahaya mata yang baik dan berjaya bukan sahaja di dunia, bahkan di akhirat.
“Sedihnya. Tak tahu nak cakap macam mana. Saya selalu bayangkan anak saya juga begini suatu hati nanti. Tahniah Rita,” ujar seorang pengikutnya.
“Anak yang baik. Nanti tarik ibu masuk syurga,” kata seorang pengguna Instagram.
“Pandai Rita didik dan besarkan anak-anak. Cukup ilmu agama dan dunia. Contoh terbaik untuk seorang ibu tunggal yang kuat,” kata seorang peminatnya.
Sebelum ini, Rayyan pernah mencuri perhatian netizen apabila Rita berkongsi video menunjukkan remaja itu sedang khusyuk menghafaz al-Quran bermula juzuk yang pertama.
Ujar Rita, setiap kali cuti sekolah, semasa waktu Maghrib, Rayyan meminta dia dan juga adiknya, Arjuna untuk membantunya menyemak semula hafazan dari juzuk pertama kerana takut terlupa.
Untuk rekod, Rita pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abdul Radzak pada tahun 2008.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 13, dan Airit Qaqa Arjuna, 11. Bagaimanapun pasangan itu bercerai pada September 2013. K Online
Rita Rudaini bangga, anak dapat Anugerah Pengetua MRSM
Baca Artikel Menarik:
- Isteri diganggu pegawai DBKL, lelaki mengeluh siasatan tiada kemajuan
- Bertaubatlah Diana – Farid
- Diana nak cerai, tolak tawaran Farid
- Melompat gembiralah dia sekarang
- Melompat gembiralah dia sekarang
- Tipis nampak anak bulan malam Jumaat – mufti Kedah
- Jangan ‘double standard’ berkait Zahid dan Najib, Puad beritahu Hassan Karim
- Penceraian Syamsul-Sarah, Yusof Haslam dan isteri pasrah atas segala keputusan
- Trend di TikTok Najib popular, setuju diampunkan
- Diana langgar perintah mahkamah – Farid Kamil
- Lelaki mabuk maki wanita beli juadah berbuka puasa, ditahan polis
- Puteri Sarah Tetap Menjadi Menantu Kesayangan – Yusof Haslam
- Musnah Disebabkan Satu Kesilapan – Yusof Haslam
- Sanusi akhirnya ‘disekolahkan’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET