Samseng jalanan masuk jerat lepas kantoi larikan diri

Seorang penunggang motosikal yang cuba melarikan diri selepas terbabas dan merempuh sebuah kenderaan dipercayai ketika memulakan aktiviti lumba haram di persimpangan lampu isyarat Jalan Tun Dr. Awang, di sini, pagi semalam akhirnya tersungkur.

Lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 19 tahun itu diberkas dalam satu operasi khas yang dijalankan Task Force Bahagian Siasatan Penyiasatan Trafik Daerah (BSPTD) Barat Daya, malam semalam.

Menurut kenyataan di Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Barat (IPD BD), terkesan satu video kemalangan berpunca daripada aktiviti samseng jalanan di lokasi berhampiran Spice Arena, semalam.



Operasi tersebut diketuai oleh seorang pegawai dan empat anggota bagi mengesan penunggang motosikal yang terlibat.

“Hasil operasi tersebut, seorang lelaki berusia 19 tahun telah ditahan dan dibawa ke Balai Polis Trafik Bayan Lepas serta direman satu hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya di sini hari ini.

Semalam, Kosmo! Online melaporkan seorang penunggang motosikal dikatakan tidak sedarkan diri sebelum beberapa minit dia menghilangkan diri dalam kemalangan kira-kira pukul 4 pagi.

Kejadian itu dipercayai berlaku ketika mangsa bersama beberapa pelesit rempit atau lebih dikenali dengan gelaran ‘anak antoo Penang’ mahu memulakan perlumbaan



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Sol serabai, bini no. 2 tak reti jaga ke, soal netizen

Anak ND Lala terpaksa utus surat kepada bapa



Bung Moktar pecat 3 Adun Sabah daripada UMNO

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker