Pihak berkuasa Australia rampas dadah heroin dari Malaysia bernilai hampir RM1 billion

Sebanyak 336 kilogram heroin dalam kotena daripada Malaysia berjaya dirampas oleh pihak berkuasa Australia, 13 Mac lalu.

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, pihaknya melalui Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman mengesahkan kejadian itu.

“Pihak Berkuasa Australia telah berjaya merampas dadah heroin seberat 336 kilogram yang dibawa masuk dalam sebuah kontena dari Malaysia ke Brisbane, Australia.



“Dadah tersebut dianggarkan bernilai AUD268.8 juta (RM789.56 juta),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tegas Noorsiah, pihak JSJN Bukit Aman sedang menjalankan siasatan berpandukan maklumat yang diterima daripada pihak Polis Persekutuan Australia (AFP) sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut.

Terdahulu, laman berita dari Australia melaporkan Polis Persekutuan Australia merampas sejumlah dadah daripada yang cuba diseludup melalui laluan laut.

Dilaporkan, jumlah rampasan heroin yang cuba diseludup itu merupakan angka kedua terbesar bagi negara tersebut.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Sol serabai, bini no. 2 tak reti jaga ke, soal netizen

Anak ND Lala terpaksa utus surat kepada bapa



Bung Moktar pecat 3 Adun Sabah daripada UMNO

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker