Tarikh lihat anak bulan Syawal Khamis depan

Tarikh lihat anak bulan Syawal Khamis depan

Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menetapkan tarikh hari raya Aidilfitri tahun ini adalah pada petang Khamis, 20 April 2023 iaitu bersamaan 29 Ramadan 1444 Hijriah.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dalam kenyataan memaklumkan, Majlis Raja-raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh hari raya puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.



“Penyimpan Mohor Besar Raja-raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh hari raya puasa yang ditetapkan melalui radio dan televisyen,” kata kenyataan itu hari ini.

Dalam pada itu, jawatankuasa-jawatankuasa yang berkenaan telah diperkenankan melihat anak bulan Syawal pada petang hari tersebut di Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka; Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson,
Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat serta Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam.

Selain itu, Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang; Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar, Alor Setar.

Tempat lain ialah Bukit Besar, Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut; Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu; Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Kelantan; Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu.



Seterusnya, Pusat Falak Miri, Sarawak; Teluk Bandung, Kuching;Tanjung Batu, Bintulu; Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah; Bukit Tanjong Batu, Nenasi; Gunung Berincang, Cameron Highlands; Bukit Pelindong, Kuantan; Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan Serta Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Menara Pandang Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis. K Online

Tarikh lihat anak bulan Syawal Khamis depan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Sol serabai, bini no. 2 tak reti jaga ke, soal netizen

Anak ND Lala terpaksa utus surat kepada bapa



Bung Moktar pecat 3 Adun Sabah daripada UMNO

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker