Rundingan kerusi PRN ‘ujian’ semangat kerjasama Kerajaan Perpaduan – Ka Siong

Rundingan kerusi PRN ‘ujian’ semangat kerjasama Kerajaan Perpaduan – Ka Siong

Rundingan kerusi untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri akan datang disifatkan sebagai ujian bagi melihat bagaimana semangat kerjasama Kerajaan Perpaduan dapat diterjemahkan, kata Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Bagaimanapun, beliau berkata setakat ini partinya masih belum menerima apa-apa isyarat atau makluman mengenai rundingan sama ada sesama parti komponen dalam Barisan Nasional (BN), inter (antara) atau intra (dalam) parti.

“Saya rasa kita (rakyat) menunggu dan melihat senario baharu dalam politik, apa sekalipun, semangat Kerajaan Perpaduan harus diterjemahkan dalam apa jua bentuk.

“Bukan semua dapat semua (kerusi), ada yang mungkin tak dapat semua (kerusi), mungkin dapat sebahagian (kerusi), jadi bagaimana ia dapat diterjemahkan dalam konsep kebersamaan, jadi ini ujian untuk melihat setakat mana konsep Kerajaan Perpaduan dapat diterjemahkan,” katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa bersama media di sebuah hotel, di sini, malam ini.

Wee berkata rundingan mengenai tuntutan, kehendak dan jangkaan kerusi adalah perlu, memandangkan Kerajaan Perpaduan adalah satu gugusan parti yang lebih besar yang memerlukan perbincangan yang rapi.

“Jadi saya rasa perbincangan antara BN dengan Pakatan Harapan (PH) sepatutnya dimuktamadkan antara gugusan parti yang besar,” kata Wee.

Katanya sebagai salah satu parti yang menyokong Kerajaan Perpaduan pihaknya sedia berbincang dan berpendapat waktu sesuai untuk rundingan adalah selepas Aidilfitri.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Ketua Setiausaha PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail semalam mengenai PH dan BN bersetuju semua kerusi penyandang kekal kepada parti yang menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), untuk dipertahankan pada PRN di enam negeri kelak.

Saifuddin dipetik sebagai berkata keputusan itu dicapai menerusi perbincangan pusingan pertama membabitkan pembahagian kerusi untuk PH dan BN pada PRN, baru-baru ini. MG

Rundingan kerusi PRN ‘ujian’ semangat kerjasama Kerajaan Perpaduan – Ka Siong

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

 

Sol serabai, bini no. 2 tak reti jaga ke, soal netizen

Azwan suruh Aaron maki saja dua orang tu

PRN: PH-BN capai kata sepakat, penyandang kekal bertanding

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker