Lailatul qadar terkait dengan umur manusia
Lailatul qadar terkait dengan umur manusia
Ramadan singgah lagi. Yang pasti, bersamanya adalah satu malam yang bernama Lailatulqadar. Itulah malam yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam namun adakah kita mampu mendapatkannya? Atau benarkah penantian lailatulqadar itu sia-sia? Jika sia-sia masakan ada disebut di dalam surah al-Qadr.
Pensyarah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Fadlan Mohd Othman berkongsi makna kerahmatan lailatulqadar berdasarkan surah al-Qadr.
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam Lailatulqadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatulqadar itu? Malam Lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat dan Ruh (Jibril) dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). Sejahteralah malam (yang berkat)itu hingga terbit fajar.”
Katanya, ciri utama yang ada dalam surah al-Qadr berkenaan dengan kebaikan. Kebaikannya yang boleh kita terangkan di sini adalah dari sudut umur. Nabi Muhammad s.a.w ada menyebut di dalam beberapa hadis antara maksudnya, “umur umat ku antara 60-70 tahun.”
Kalau diperhatikan umur umat sebelum Nabi Muhammad s.a.w adalah panjang, contohnya Nabi Nuh. Masa yang digunakan untuk berdakwah pun memakan masa 950 tahun. Itu menunjukkan umur umat terdahulu dengan umat Nabi Muhammad s.a.w berbeza.
Umur umat terdahulu panjang, kalau hendak dikirakan amalan mereka pun mengambil masa yang lama dan lagi banyak amalannya. Dengan rahmat Allah, umur umat Muhammad pendek namun daripada segi pahala amalannya dilipat gandakan.
“Walaupun umur kita pendek tetapi diberi keistimewaan lain. Itu adalah rahmat daripada Allah yang datang pada malam Lailatulqadar. Amalan kebaikan yang dilakukan sedikit tetapi pahalanya dicambahkan menjadi banyak. Allah berikan itu adalah sebagai satu rahmat. Ia juga disebut Allah di dalam surah al-Anbiyaa’:107,
“Dan tiadalah Kami mengutus engkau(wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.”
Kemudian rahmat di situ bukan saja dari sudut gandaan pahala. Tapi rahmat juga merangkumi seperti yang disebutkan di dalam surah al-Qadr ayat 3,
“Malam Lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan.”
Malam itu adalah lebih baik daripada seribu bulan, segala amalan yang dibuat pada malam itu lebih baik daripada seribu bulan. Menurut Dr. Sheikh Abdul Rahman, seribu bulan bersamaan 83 tahun empat bulan. Jika dapat beribadat dengan ikhlas dan menepati ciri-ciri yang dituntut oleh Islam maka ibadat yang kita lakukan adalah umpama beribadat selama 83 tahun empat bulan.
Itu kalau dilakukan untuk setahun tapi kalau setiap tahun kita tidak pernah putus melakukan ibadat pada malam lailatulqadar maka ia akan digandakan lagi hingga lebih dari 83 tahun, dan mungkin menjadi beratus atau beribu tahun.Wallahu a’lam Utv
Lailatul qadar terkait dengan umur manusia
Baca Artikel Menarik:
- Shila Amzah dedah jadi magsa dera
- Maya Karin jawab soal kahwin
- Ahirine dedah pelakon lelaki ajaknya jadi kekasih gelap
- Peserta ratu cantik tunggang motosikal takut terlewat
- Adakah Muhyiddin bodoh atau pura-pura bodoh
- Sanusi mengadu ada gerakan singkirkannya dari Majlis Kewangan Negara
- Penumpang pesawat dihalau keluar menangis teresak-esak
- Zahid batalkan semua projek Jana Wibawa berjumlah RM7.2 bilion
- Gaji diawalkan 14 April sempena Aidilfitri – Cueapacs
- Artis rambut merah berlagak Diva dibenci ramai
- Intan Najuwa sorok tunang
- Remy puji Puteri Sarah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Anak ND Lala terpaksa utus surat kepada bapa