Dakwaan harga daging import mahal, Menteri suruh pergi semak sendiri di kedai

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menafikan dakwaan berhubung kenaikan melampau harga daging import di pasaran.

Menterinya Salahuddin Ayub berkata setakat ini barangan di bawah kawalan KPDN seperti telur, ayam bulat dan daging import tidak berlaku sebarang kenaikan harga.

“Pergilah ke mana-mana kedai, harga daging lembu dan kerbau import masih terkawal iaitu RM18 hingga RM21 sekilogram (kg) mengikut gred daging berkenaan.



“Tentang daging lembu tempatan, harga itu sememangnya tidak kita kawal. Bermakna ada orang tempatan khususnya di Kedah, Kelantan dan Terengganu mereka tidak membeli daging kotak sebaliknya memilih daging lembu tempatan,” katanya menurut laporan Bernama.

Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Bakul Rahmah dan “flag off” lori 99 SpeedMart di ibu negara hari ini, beliau berkata daging lembu tempatan menunjukkan kestabilan harga iaitu RM37.96 per kg bermula Nov lepas hingga sekarang.

Bagaimanapun, Salahuddin meminta orang ramai membuat aduan serta-merta sekiranya berlaku kenaikan harga bagi daging import di mana-mana premis.

Menurutnya KPDN juga akan mengumumkan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sempena Aidilfitri, Rabu ini.



Sementara itu, beliau berkata kementeriannya menyasarkan pengedaran 130,000 Bakul Rahmah ke seluruh negara hingga Julai ini.

“Setakat ini, kita telah berjaya mengumpulkan lebih kurang 80,000 Bakul Rahmah dan sejumlah 40,000 telah diedarkan pada fasa satu, manakala bakinya akan diberikan sebelum Aidilfitri bagi memastikan golongan miskin tegar dapat disantuni.

“Pada fasa dua pula, kita akan capai sasaran lebih kurang 130,000 isi rumah hingga Julai yang bermakna 100% isi rumah (miskin tegar) kita bantu,” katanya

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sol serabai, bini no. 2 tak reti jaga ke, soal netizen



Anak ND Lala terpaksa utus surat kepada bapa

Bung Moktar pecat 3 Adun Sabah daripada UMNO



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker