Bantuan Aidilfitri 14 April
Bantuan Aidilfitri 14 April
Kerajaan bersetuju tarikh pembayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) 2023 kepada pegawai perkhidmatan awam dan pesara kerajaan diawalkan dari 17 April kepada 14 April ini.
Menerusi surat edaran bertarikh hari ini, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Zulkapli Mohamed, memaklumkan perubahan tarikh itu mengambil kira keprihatinan dalam membantu meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dalam membuat persediaan bagi menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.
“Sukacita dimaklumkan bahawa, mengambil kira keprihatinan dalam membantu meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dalam membuat persediaan untuk menyambut perayaan tidak lama lagi, kerajaan bersetuju membuat perubahan ke atas tarikh pembayaran BKKA 2023 kepada pegawai perkhidmatan awam dan pesara kerajaan daripada 17 April kepada 14 April 2023,” menurut surat edaran itu.
Surat itu juga memaklumkan arahan berkenaan pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua perkhidmatan awam negeri, pihak berkuasa berkanun dan pihak berkuasa tempatan, tertakluk kepada penerimaan pakai oleh pihak berkuasa masing-masing.
Dalam pembentangan Belanjawan 2023 pada Februari lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, pemberian BKKA adalah langkah keprihatinan kerajaan dalam membantu penjawat awam membuat perancangan dan persiapan awal bagi menyambut Hari Raya.
Semua penjawat awam gred 56 ke bawah yang masih berkhidmat sehingga 17 April 2023 termasuk lantikan kontrak akan menerima RM700 manakala BKKA sebanyak RM350 pula akan diberikan kepada pesara perkhidmatan awam. FMT
Bantuan Aidilfitri 14 April
Baca Artikel Menarik:
- Shila Amzah dedah jadi magsa dera
- Maya Karin jawab soal kahwin
- Ahirine dedah pelakon lelaki ajaknya jadi kekasih gelap
- Peserta ratu cantik tunggang motosikal takut terlewat
- Adakah Muhyiddin bodoh atau pura-pura bodoh
- Sanusi mengadu ada gerakan singkirkannya dari Majlis Kewangan Negara
- Penumpang pesawat dihalau keluar menangis teresak-esak
- Zahid batalkan semua projek Jana Wibawa berjumlah RM7.2 bilion
- Gaji diawalkan 14 April sempena Aidilfitri – Cueapacs
- Artis rambut merah berlagak Diva dibenci ramai
- Intan Najuwa sorok tunang
- Remy puji Puteri Sarah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET