Wanita jadi bilionair selepas bercerai
Seorang taikun teknologi China, Zhou Hongyi mencapai persetujuan dengan bekas isterinya, Hu Huan untuk memindah milik saham bernilai lebih AS$1 bilion (RM4.40 bilion) daripada syarikat keselamatan siber, Qihoo 360 Technology kepada wanita berkenaan sebagai sebahagian daripada penyelesaian perceraian mereka, lapor portal berita inshorts semalam.
Menurut agensi berita Bloomberg, Hongyi memberikan 6.25 peratus kepentingan saham bernilai kira-kira AS$1.3 bilion (RM5.72 bilion) kepada Huan selepas rundingan perceraian mereka, demikian menurut pemfailan syarikat tersebut.
Pasangan itu telah mendirikan rumah tangga lebih 20 tahun lalu.
Huan bukanlah pekerja di syarikat itu dan bukan pemegang saham sebelum perjanjian tersebut.
Hongyi, 52 yang merupakan pengerusi syarikat tersebut bagaimanapun kekal sebagai pemegang saham yang mengawal syarikat berkenaan.
Huan dilahirkan pada 1971 dan merupakan warganegara China sebelum menjadi penduduk tetap Singapura.
Taikun itu menyahsenaraikan Teknologi Qihoo 360 miliknya daripada Bursa Saham New York pada Julai 2016 dan mula berdagang pada Februari 2018 di Shanghai dan syarikat yang sama dikenali sebagai 360 Security Technology di bandar raya tersebut.
Menurut majalah Forbes, nilai kekayaan bersih taikun itu kini berjumlah AS$2.7 bilion (RM11.89 bilion). – Agensi
Baca Artikel Menarik:
- Rakan Shila Amzah isteri muda ND Lala
- A Aida maafkan Amelia, tapi takkan bekerjasama lagi
- Dafi kongsi video menari, netizen bagi komen jujur
Baca Artikel Menarik:
- Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak
- Penyondol kepada suami diserang ditepi jalan!
- Ibu mentua dari ‘syurga’
Baca Artikel Menarik:
- Harjit Singh Hullon, 45 tahun baca berita RTM
- Kumpulan doktor kontrak bidas ugutan ingin mogok
- Pemimpin Umno kalah pemilihan bawa lari ‘harta’ parti, dedah Zahid
Kami bukan scammer bawa jemaah – CEO Emraz
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Recommended for you
- Najib now continuing post-grad studies, has no access to gadgets
- Umno’s royal pardon request for Najib won’t hurt relations with PH
-
Umno defectors are like ‘monkeys’ jumping around
Umno to plead with Agong for Najib’s pardon in SRC case, sec-gen says
Recommended for you
- A boring budget for the man in the street
- TMJ ‘invites’ MACC, detractors to inspect JDT Club’s finances