Gaji diawalkan 14 April sempena Aidilfitri – Cueapacs

KUALA LUMPUR – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan supaya tarikh pembayaran gaji kepada penjawat awam diawalkan kepada 14 April ini.

Presidennya Datuk Adnan Mat berkata, ia bagi membolehkan penjawat awam membeli barangan untuk persediaan Aidilfitri yang dijangka disambut pada 22 April ini.

“Cuepacs yakin bahawa kerajaan mampu melaksanakan perkara tersebut kerana ia tidak melibatkan proses yang sukar selain dapat memberi kemudahan kepada kakitangan kerajaan sendiri.

“Cuepacs juga menyeru agar majikan di peringkat swasta turut berbuat demikian sebagai salah satu usaha menjaga kebajikan warga pekerja,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata, Cuepacs juga berharap pembayaran gaji awal itu turut melibatkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri berjumlah RM700 yang dijadualkan dibayar pada tarikh penerimaan gaji iaitu 17 April ini.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor berkata, akan mempertimbang supaya pembayaran gaji penjawat awam pada bulan April dapat diawalkan, sebagai persediaan untuk menyambut Aidilfitri.

Adnan berkata, Cuepacs menghargai keprihatinan Perdana Menteri terhadap perkara itu kerana inisiatif bayaran gaji awal dapat memberi kelegaan kepada penjawat awam.

“Khususnya bagi mereka yang pulang ke kampung, mereka boleh membuat pembelian lebih awal berbanding saat-saat akhir pada minggu terakhir Ramadan,” katanya. – Bernama

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

 

Sol serabai, bini no. 2 tak reti jaga ke, soal netizen

Azwan suruh Aaron maki saja dua orang tu

PRN: PH-BN capai kata sepakat, penyandang kekal bertanding

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker