3 MP ‘dihalau’ keluar dewan
3 MP ‘dihalau’ keluar dewan
Tiga ahli parlimen diarah meninggalkan Dewan Rakyat hari ini gara-gara pertikaian yang tercetus berhubung kenyataan Awang Hashim (Perikatan Nasional-Pendang) yang melabelkan seorang menteri sebagai penipu.
Selain Awang, mereka yang lain itu adalah Shahidan Kassim (PN-Arau) dan RSN Rayer (Pakatan Harapan-Jelutong).
Awang diminta meninggalkan Dewan Rakyat selama satu jam, manakala tidak ada tempoh khusus diberikan kepada dua wakil rakyat yang lain itu.
Dalam perbahasannya, Awang berkata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi sebelum ini berbohong mengenai tanah rizab Melayu yang semakin mengecil di Kedah, dengan membacakan perangkaan daripada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kedah.
“Jadi menteri kalau tak ada maklumat jangan cakap, jangan bohong.
“Menteri kewangan sila bagi peruntukan untuk pejabat tanah semak balik mana negeri-negeri yang banyak hilang tanah rizab Melayu.
“Menteri yang tak reti bercakap macam ni mengelirukan dewan sila perbetulkan balik, tarik balik mohon balik kenyataan Kedah negeri paling banyak hilang rizab Melayu,” katanya.
Ini mengakibatkan wakil rakyat daripada kedua-dua belah blok kerajaan dan pembangkang mencelah bagi menerangkan maksud sebenar istilah bohong, termasuk mengetengahkan makna dinyatakan dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Lim Guan Eng (PH-Bagan) kemudian menuntut supaya Awang menarik balik kenyataannya yang mendakwa menteri sebagai berbohong.
“Saya kata fakta tak betul maksudnya bohong, Bagan, Bahasa Melayu kena faham.
“Saya ada fakta dari pejabat tanah dan galian dari tahun 1933… tak betul bohong la… dia (menteri) bercakap tak betul,” kata Awang.
Syahredzan Johan (PH-Bangi) kemudiannya bangun mencelah dengan turut meminta wakil Pendang menarik balik perkataan ‘bohong’.
“Tak betul tak semestinya bohong, tak betul boleh jadi silap. Jadi tarik baliklah,” katanya.
Awang bagaimanapun terus enggan menarik balik kenyataannya.
“Pendang tarik balik. Tidak betul adalah tidak betul bukan bohong. Cakap tak betul. Kalau mengelirukan dewan buat usul bukan cakap di sini.
“Kalau fakta tak betul, kata silap suruh dia rujuk pada fakta… tak boleh terus kata dia bohong dalam dewan,” kata timbalan speaker Dewan Rakyat Alice Lau.
Ahli parlimen PN itu terus menegaskan dirinya dan istilah yang digunakan adalah tepat kerana sesiapa yang memberikan maklumat palsu sebenarnya berbohong dan berkata kenyataan menteri itu adalah berniat jahat dan berbohong.
Lau seterusnya mempersoalkan bagaimana Pendang boleh membuktikan menteri berniat untuk berbohong dan sekali lagi meminta Pendang menarik balik kenyataan.
“Bohong bermaksud berniat jahat. Sila rujuk peraturan mesyuarat dulu sebelum suruh saya rujuk Kamus Dewan,” katanya.
Lau berkata jika maklumat yang diberikan itu tidak tepat, Awang sepatutnya berkata ia tidak benar, bukannya menggelarnya sebagai pembohongan.
“Jika (maklumat) tidak betul, maka katakan sahaja ia tidak betul. Tidak perlu kata ia adalah pembohongan.
“Adakah kamu akan tarik balik kenyataan itu? Jika tidak, sila tinggalkan Dewan,” kata Lau.
Selepas Awang diarahkan keluar, Shahidan kemudiannya mengganggu masa perbahasan Lim dan berkata Peraturan Mesyuarat 36(6) tidak sepatutnya terpakai ke atas Awang kerana wakil Pendang itu hanya menyediakan fakta mengenai tanah rizab Melayu Kedah. Mk
3 MP ‘dihalau’ keluar dewan
Baca Artikel Menarik:
- Najib sengaja tidak dibebaskan?
- Sokong kepimpinan baharu, Sulaiman beritahu rakyat Melaka
- Hujah padu dan satu-satunya Hakim yang berpihak kepada Najib Razak
- Mia Sara tanggal tudung, berparti?
- I am such a bad husband – Remy Ishak
- Afiq Muiz sudah tiga kali lafazkan cerai – Pachara
- Jailani lupa punca kerajaan tebuk atap pada 2020 – Dr Akmal
- Lelaki ditangkap asyik rakam wanita mandi
- Saintis temui lohong hitam 33 bilion kali lebih besar daripada Matahari
- Aliff Syukri buat kontraversi lagi, kini ‘terkinja-kinja’ muzik video raya
- Afiq Muiz ‘londeh’ perangai sebenar isteri
- Sulaiman Md. Ali ‘buka mulut’ mengapa beliau meletak jawatan
- Biodata Artis Pachara Apin, Profail dan Latar Belakang
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Lelaki Paling Dayus – Pachara Dedah Betapa Kejamnya Afiq Muiz