Lima Rumah, Dua Motosikal Musnah Dalam Kebakaran

Lima Rumah, Dua Motosikal Musnah Dalam Kebakaran

PARIT BUNTAR: Lima buah rumah setingkat di Jalan Pantai, Kuala Kurau, dekat sini musnah selepas terlibat dalam kebakaran pada pagi Sabtu.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.51 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Kurau dikerahkan ke tempat kejadian.

“Kebakaran melibatkan lima buah rumah, kelas B setingkat dan berkeluasan 15X50 kaki.

“Dalam kejadian kebakaran berkenaan, dua rumah musnah 90 peratus, sementara tiga lagi masing-masing musnah 70 peratus, 40 peratus dan 35 peratus.

“Selain itu, kebakaran sama, dua unit motosikal musnah 30 peratus. Walau bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Deretan lima rumah penduduk di Jalan Pantai, Kuala Kurau terbakar pada Sabtu. – Foto JBPM

Menurutnya lagi, pasukan bomba telah melakukan kerja-kerja pemadaman dengan menggunakan tiga aliran dengan enam pancutan air sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya.

Pada masa sama beliau berkata operasi berkenaan turut dibantu sepasukan anggota dari BBP Parit Buntar, Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Sungai Udang, PBS Kuala Kurau, PBS Jalan Bawah Kuala Kurau, PBS Tanjung Piandang dan PBS Bagan Serai.

Operasi yang diketuai Penolong Penguasa Bomba Muhamad Irham Mohd Zin itu tamat kira-kira jam 1.05 tengah hari.-AA

Lima Rumah, Dua Motosikal Musnah Dalam Kebakaran

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun

Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker