Penyanyi Yasin Perlu Rawatan Pakar Psikiatri Segera – Peguam

Penyanyi Yasin Perlu Rawatan Pakar Psikiatri Segera – Peguam

Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman yang kini ditahan di Penjara Sungai Buloh, Selangor perlu mendapatkan rawatan pakar psikiatri dengan segera.

Peguamnya, Yusmadi Yusoff berkata beliau sendiri telah bertemu Yasin, 47, pada Khamis lalu dan anak guamnya itu meminta supaya rawatan ke atas dirinya disegerakan.

Katanya, walaupun secara fizikal Yasin dilihat sihat dan mendapat penjagaan yang baik daripada pihak penjara, namun kesihatan mentalnya memerlukan pemerhatian pakar.

“Insya-Allah esok saya akan tulis surat secara rasmi kepada Pengarah Penjara Sungai Buloh untuk memohon perhatian daripada pihak penjara.

“Tuan Majistret turut mengarahkan pihak yang menjaga Yasin memberi rawatan.

“Alhamdulillah, dia mendapat layanan yang baik di penjara dan saya rakamkan terima kasih kepada pegawai-pegawai penjara berkenaan.

“Pun begitu saya akan berusaha agar rawatan yang sepatutnya yang beliau dapat perlu dipercepatkan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI, di sini, hari ini.

Jelas Yusmadi, selain Yasin, ahli keluarga komposer lagu Mimpi Laila itu sendiri telah merujuk kepada beliau untuk memberi rekod-rekod rawatan Yasin.

“Ia termasuk rawatan dengan pakar di Hospital Pantai dan dia kami (pasukan peguam) dalam proses mendapatkan rekod rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (kini dikenali Hospital Canselor Tuanku Muhriz) yang beliau dimasukkan selama hampir lebih dua minggu pada 2009.

“Melalui Yasin, saya telah mendapat nama-nama doktor yang beliau pernah mendapatkan rawatan kerana proses untuk mendapatkan laporan-laporan ini perlu melalui prosedur termasuk mendapatkan kebenaran daripada pesakit kerana melibatkan rekod peribadinya,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Yusmadi menjelaskan bahawa Yasin tidak berselindung berkenaan penyakit yang dialaminya kerana perkara tersebut telah berada di ruang awam seperti video atau berita sejak beberapa tahun yang lalu.

Sebelum ini, Yasin tidak dibenarkan ikat jamin oleh Mahkamah Sesyen dan Majistret atas dua pertuduhan mengedar dan menanam 17 pokok ganja di kediamannya di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3 Kota Damansara dan menetapkan 18 Mei untuk sebutan semula kes.-AA

Penyanyi Yasin Perlu Rawatan Pakar Psikiatri Segera – Peguam

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Ayam Masak Bawang Mengiurkan

Mas Idayu bakal berkahwin dengan penerbit eksekutif TV3

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker