Polis buru 3 lelaki bakar anak kucing

Polis buru 3 lelaki bakar anak kucing

Polis memburu tiga lelaki disyaki membakar seekor anak kucing dalam kejadian di tapak parkir motosikal Flat Sri Kenari, Sungai Ramal Baru, Kajang, semalam.

Ketua Polis Kajang, Mohd Zaid Hassan, berkata semakan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati dua daripada tiga suspek yang melepak di tapak parkir berkenaan menyimbah bahan bakar ke atas anak kucing itu dan salah seorang membakarnya dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari.



“Ketiga-tiga mereka hanya menyaksikan anak kucing tersebut berlari dalam keadaan badan terbakar,” katanya dalam kenyataan.

Zaid berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu daripada seorang wanita berusia 63 tahun pada 10.51 pagi tadi.

Katanya, pengadu mendapat tahu kejadian daripada seorang saksi yang juga penduduk flat berkenaan yang melihat seekor anak kucing terbakar dan segera mencurah air untuk memadamkannya.

“Saksi kemudian maklumkan kejadian kepada pengadu. Pengadu cuba mencari anak kucing tersebut di sekitar flat dan menjumpainya dalam keadaan lemah lalu segera menghantarnya ke klinik veterinar di Ampang.



“Anak kucing tersebut dianggarkan berusia enam minggu dan berat 300g. Keadaan anak kucing agak kritikal dan perlu diletakkan bawah pemerhatian rapi sekurang-kurangnya seminggu,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara hingga tiga tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh berhubung dengan balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat Suresh Krishnan di talian 017 4333795 bagi membantu siasatan,” katanya. FMT

Polis buru 3 lelaki bakar anak kucing



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sheriff pecah rekod, sailang Mat Kilau



Aliff Aziz dengan Sarah Yasmine pulak?

‘Anak ikan’ resah



Sebab Syasya tinggalkan Dolla

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker