Berjalan bersama anjing di taman rekreasi awam undang kecaman

Tular di media sosial video dan gambar seorang individu berjalan dengan seekor anjing di Taman Rekreasi Awam Kuala Berang dekat sini sehingga mengundang pelbagai reaksi.Menerusi video berdurasi 21 saat itu dan gambar memaparkan gelagat haiwan berkenaan berjalan seolah-olah sedang menemani tuannya beraktiviti di kawasan riadah tersebut.

Mengulas mengenai perkara itu, Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu(MDHT), Lukema Meri Salleh @ Abdul Latif berkata pihaknya belum menerima sebarang aduan berhubung kejadian tersebut.“Kita tidak dapat pastikan masa yang tepat kejadian itu berlaku kerana belum terima sebarang laporan.

Sekiranya dibuat laporan terus ketika kejadian berlaku, boleh diambil tindakan segera.“Dalam Undang-undang Kecil Taman (MDHT) Perkara 4 Bil (1)  termaktub bahawa tiada seorang pun boleh membawa binatang milik dalam jagaannya dibawa masuk taman awam.



“Beberapa papan tanda berkaitan juga telah dipasang di kawasan rekreasi tersebut. Orang ramai ditegah daripada membawa haiwan peliharaan terutama anjing ke taman-taman awam kerana perbuatan itu dikhuatiri boleh mencemar serta mengganggu pengunjung lain,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tambah beliau,  MDHT memohon supaya pengunjung yang datang ke Taman Rekreasi Awam Kuala Berang tidak membawa haiwan peliharaan merayau atau bermain di dalam taman tersebut.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Noor Nabila, Engku Emran sah bakal bercerai

Malu apa Ketua Pembangkangku



Bakal suami Puteri Sarah?

Nelissa trauma diraba di set penggambaran



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker