Nasib Mukhriz dan Pejuang masih tergantung

ALOR SETAR: Permohonan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) perlu ditentukan oleh Majlis Tertinggi (MT) gabungan tersebut.

Pengerusi PN Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, beliau tidak boleh menjawab berkenaan perkara itu kerana keputusan mengenainya tertakluk kepada pandangan MT PN.

Bagaimanapun, beliau merasakan sekiranya kehadiran Pejuang mampu membawa kelebihan kepada PN, maka parti pimpinan Datuk Seri Mukhriz Mahathir itu sudah pasti akan diterima.



“Setiap sesuatu perlu dipertimbang. Kalau bawa beban sahaja, takkan nak terima tetapi walau apa pun keputusannya MT PN yang akan buat. Pada 20 Mac ini MT PN akan bermesyuarat tetapi saya tak tahu sama ada perkara ini salah satu agenda dalam mesyuarat tersebut.

“Kalau ada, adalah tetapi kalau tak ada, mungkin dibincangkan dalam mesyuarat sekali lagi,” katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah yang ke-14, petang ini.

Menurut Muhammad Sanusi, kedudukan kerusi Pejuang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak sudah tentu akan turut dipertimbang dalam membuat penilaian mengenai kemasukan parti itu ke PN.

“Baru-baru ini pun saya saya ada bertemu Datuk Seri Mukhriz di Kuala Lumpur selepas mereka buat permohonan untuk sertai PN tetapi saya tak janjikan apa-apa. Saya cuma tegaskan perkara ini perlu dibawa ke Mesyuarat MT PN. Mukhriz kata parti-parti Melayu perlu bergabung dan apabila beliau kata begitu, saya tak tak adalah jawab apa-apa,” katanya.



Dalam perkembangan lain, Muhammad Sanusi memaklumkan rumah ganti bagi 20 keluarga di Kampung Iboi yang kehilangan tempat tinggal akibat aliran puing di Gunung Inas, Baling pada 4 Julai tahun lalu dijangka dapat disiapkan sebelum hujung April depan.

Katanya, setakat ini beliau difahamkan sebanyak lapan buah rumah dibina Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) melalui melalui Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) di Kampung Keda Sadek sudah disiapkan.

Manakala 12 lagi rumah yang dibina kerajaan negeri di lokasi berhampiran sudah menghampiri fasa terakhir pembinaan menjelang tarikh akhir lanjutan tempoh masa (EOT) pada 27 April depan.

“Kini segalanya nampak semakin selesai dengan enam buah rumah sedang disiapkan infrastrukturnya, tiga buah sedang disiapkan lapisan dindingnya, dua belum dan satu sahaja lagi belum dinaikkan bumbung.



“Selepas ini tak perlu sambung EOT lagi kerana cabutan undi rumah yang bakal didiami mereka juga sudah dilakukan. Kita akan siapkan semua termasuk daripada aspek infrastruktur sebelum benarkan mereka masuk rumah masing-masing tak lama lagi,” katanya.

Sementara itu, beliau memaklumkan jangka masa siap bagi 17 unit rumah baharu untuk mereka yang tinggal dalam zon kuning kawasan terjejas akibat kejadian tersebut masih belum boleh dipastikan.

“Proses pengambilan tanah baru dibuat. Tetapi kita juga buat lebih sikit pengambil alihan tanah itu kerana jika berlaku insiden lain yang memerlukan pemindahan atau penempatan semula, kita akan letakkan mereka di lokasi sama,” katanya

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]



Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]

Pengarah Mentega Terbang menghadap Bukit Aman

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker