NAFI ‘PERLI’ NETIZEN – ISTERI SHUK JELAS ITU TIKTOK LAMA, 4 TAHUN JAGA AIB

Menerusi kemas kini terbaharu, isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Rossalennah Natassiah Asshaferah sekali lagi tampil menjelaskan mengapa selama ini dia didakwa sanggup mengaibkan suami serta kisah rumah tangganya di media sosial.

“Saya pun tahu risiko apa akan jadi sebelum buat sesuatu. 4 tahun saya jaga aib. Bila jaga aib ke provoke macam-macam. Saya diam sebab bila saya bersuara dulu orang cakap buka aib. Tetapi bila saya diam ‘pelakor’ (perampas laki orang) bertepuk tangan padan muka sebab tak berani bersuara.

“Dan sampai mati la isteri dalam dunia takut bersuara. Kalau kes isteri curang, check in dengan lelaki lain di luar sana, saya rasa lelaki pun tak boleh nak tahan la ada perempuan sanggup buat macam itu.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Tolong kesian dulu nasib para isteri yang duduk rumah, jaga anak-anak, cari duit sendiri menjual sana sini!!! Kalau diam sampai mati pun makan hati la oii. Bahagia kah macam tu. Pelakor tepuk tangan!” jelasnya.

Terdahulu, masalah rumah tangga pasangan itu diketahui umum selepas Sera mendedahkannya sendiri di IG mengenai perilaku suaminya yang curang. Namun kini ia sudah pun selesai selepas Shuk ‘meminang’ isterinya sendiri menerusi rakaman live di IG.

Image_3.jpg

Sementara itu, Sera akui reda apabila suaminya ditamatkan kontrak dari menjadi penyampai radio Hot FM berkuatkuasa semalam. Sera berharap dengan apa yang berlaku, Shuk dapat kembali jalankan tanggungjawabnya kepada keluarga.

“Biar la kita hilang segalanya asal dia kembali tempat asal… daripada ada segala-galanya tapi lupakan saya dan anak-anak. Tak mengapa, rezeki Allah itu luas, kalau mula dari bawah sekali pun tak mengapa, asalkan halal,” ujarnya.

Sera jelaskan perkara itu di dalam ruangan komen Instagram (IG) miliknya selepas laman sosialnya menjadi tempat netizen meminta perjelasan susulan berita tersebut.

Image_4.jpg

Image_5.jpg

[VIDEO] “OMG! Wife Dia Pun Tak Rela” – Shuk 🔥 HotFM Pujuk Isteri Dengan Hantaran Mahal, Tapi Netizen Perasan Sesuatu!

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker