Mercedes ‘Avatar’ hanya pandu pakai ‘niat’

Kereta Mercedes itu boleh dikawal menggunakan fikiran pemandu. – Getty

Syarikat pengeluar kenderaan multinasional, Mercedes mencipta sebuah kereta yang boleh dikawal oleh minda manusia, lapor akhbar The Sun semalam.

Mercedes Vision AVTR itu direka berkonsepkan filem sains fiksyen, Avatar dengan kerjasama studio filem James Cameron.

AVTR ialah singkatan kepada filem Avatar tetapi juga untuk perkataan ‘Transformasi Kenderaan Lanjutan’.

Ketua reka bentuk Mercedes, Gorden Wagener berkata: “Pengalaman pengguna sebagai elemen utama adalah setanding dengan organisma simbiotik.”

Berdasarkan filem Avatar, orang Na’vi akan menunggang makhluk terbang dan membuat hubungan simbiotik melalui rambut mereka.

Sama seperti Mercedes Vision AVTR, pemandu akan menghubungkan fikirannya dengan kereta itu menggunakan perisian Antara Muka Komputer Otak (BCI).

Kereta itu tidak dapat dipandu dengan hanya berfikir, tetapi pemandu dapat mengawal perisian dalaman kenderaan seperti menukar saluran radio dan memilih warna pencahayaan.

Selepas memakai topi keledar, otak akan bertindak balas terhadap rangsangan visual yang kemudian dihasilkan oleh peranti. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Dibikin’ selama 15 tahun, filem Syaitan Munafik bakal menyeramkan penonton

CEO Starbucks merungut apa tu?

Caprice dipanggil ke IPD, netizen sedia ‘backup’ demi keadilan

Dividen ASB 2023 5.25 sen seunit

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker